FREETOWN: Pelombong dilaporkan menemui berlian 476 karat di Sierra Leone, lapan bulan selepas berlian bernilai lebih tinggi ditemui di timur negara itu.
Pakar berkata, ia adalah berlian ke-29 paling besar pernah ditemui di bumi namun mereka belum menentukan nilai batu berharga itu.
Ketua Pengarah Agensi Mineral Nasional negara itu, Sahr Wonday, berkata penemuan terbaru di wilayah Kono itu membuktikan potensi besar sumber mineral di kawasan terbabit.
Wonday berkata, syarikat yang menemui batu itu, Meya Mining, sudah mendapat kelulusan kerajaan untuk mengeksport berlian terbabit dan akan dilelong di pasaran antarabangsa. - AFP