Banjir kilat landa tiga daerah di Selangor kabarmalay3.blogspot.com

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Beberapa kawasan di tiga daerah di Selangor dilanda banjir kilat susulan hujan lebat selama dua jam sejak 5.00 petang semalam.
 
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, banjir kilat berkenaan menyebabkan masing-masing empat buah rumah di Ampang dan Gombak dinaiki air.
 
Sementara itu kawasan Hulu Langat yang terjejas akibat banjir kilat berpunca daripada longkang di tepi jalan utama tidak dapat menampung peningkatan jumlah air dari kawasan perumahan serta air bukit.
 
"Sementara di Gombak, hujan terlalu lebat menyebabkan paras air Sungai Kelang melimpah mencecah 0.5 meter dan melimpah ke kawasan rumah (berhadapan sungai berkenaan) berdekatan Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
 
Dalam pada itu, satu kejadian tanah runtuh berlaku petang semalam di Apartment Taman Mulia Jaya, Ampang.
 
"Kejadian melibatkan tebing pagar runtuh dan menghempap sebuah kereta Proton Wira. Tiada kemalangan jiwa berlaku,"kata kenyataan itu. 


Subscribe to receive free email updates: