Label Ambiga anti-HARAPAN, Rafizi kena selar kabarmalay3.blogspot.com

MALAYSIAKINI


Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, dibidas kerana menyelar bekas pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan.

Pengurus sekretariat badan pemantau pilihan raya itu, Mandeep Singh melancarkan beberapa siri bidasannya terhadap anggota parlimen Pandan itu di Twitter berhubung kenyataannya.
"Sepanjang saya mengenali Ambiga, tidak pernah sekali beliau meminta rakyat untuk mengundi menentang PH (Pakatan Harapan). Beliau mengkritik kamu (pemimpin Harapan) kerana beliau mahu kamu menang (dalam pilihan raya).
"Dan sekarang kamu menuduhnya campur tangan dalam masalah dalaman kamu? Dan kamu menuduhnya sebagai anti-PH? Apa maksud kamu?” soalnya.
Rafizi mempertikaikan keberkecualian Ambiga sebagai pemimpin masyarakat sivil selepas presiden Persatuan Hak Asasi Manusia (Hakam) itu mengkritik pembangkang yang terus bertelagah menjelang pilihan raya umum akan datang.

Pemimpin PKR menyifatkan kenyataan Ambiga sebagai "tidak adil, berat sebelah dan salah faham".
"Saya tidak terkejut (dengan) pandangannya kerana beliau sentiasa menentang Pakatan Harapan dari hari pertama,

"Saya rasa Ambiga sepatutnya berhubungan dengan lebih ramai pemimpin dari PKR dan HARAAPN untuk mendapatkan pandangan dan penilaian lebih seimbang, kerana pada masa ini pandangannya terhad daripada apa yang didapatinya (daripada sumber pihak ketiga).

"Sebagai pemimpin masyarakat sivil, beliau berhak menberi pandangannya, tetapi beliau tidak boleh dilihat sebagai menyokong pandangan pihak tertentu hanya kerana beliau lebih rapat dengan mereka," katanya kepada Malay Mail Online.

Bagaimanapun, bagi Mandeep, dakwaan Ambiga berpihak kepada pesaingnya mendedahkan ketidakupayaan Rafizi untuk menerima kritikan dari pihak lain.

Perbezaan dalam PKR tercetus berkaitan sama ada parti itu harus terus membabitkan PAS dalam rundingan untuk membentuk pakatan pilihan raya.

Rafizi berpendapat bahawa rundingan seperti yang dilakukan oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali harus dihentikan dan HARAPAN harus bersedia untuk menghadapi pertandingan tiga penjuru.

Begitu juga, peguam dan aktivis Syahredzan Johan turut tidak bersetuju dengan dakwaan Rafizi bahawa Ambiga menentang HARAPAN dari hari pertama.
Menyifatkannya, sebagai "kenyataan yang paling tidak masuk akal", dia menulis: "Sesetengah orang perlu berhenti menjadikan sekutu sebagai musuh."

Subscribe to receive free email updates: