Hishamuddin Rais 'nasihatkan' Anwar agar 'diam dan buat hal sendiri' - Rizal Mansor kabarmalay3.blogspot.com

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Aktivis reformasi pembangkang, Hishamuddin Rais hari ini 'menasihati' Datuk Seri Anwar Ibrahim agar 'diam dan membuat hal sendiri', kata pembantu khas perdana menteri, Datuk Rizal Mansor.
 
Beliau menerusi laman Facebooknya mengulas tulisan terbaru Hishamuddin berhubung kenyataan serta pendirian Anwar mengenai isu rundingan PKR-PAS menuju Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14).
 
Malah ujar Rizal, tulisan Hishamuddin itu turut mengundang pelbagai maksud.
 
"Semasa Anwar di luar penjara, Hishamuddin kata Anwar suka cakap belit-belit pada orang sehingga menyebabkan PKR huru-hara. Semasa Anwar dalam penjara, Anwar tak dapat maklumat yang tepat untuk buat keputusan yang betul.
 
"Maksudnya di dalam atau di luar penjara, lebih baik Anwar diam dan buat hal sendiri.
 
"Ini pandangan daripada salah seorang kawan baik Anwar yang merupakan otai gerakan reformasi," tulis Rizal di Facebook hari ini.
 
Terdahulu hari ini, Hishamuddin menggesa ketua umum PKR itu memberi tumpuan kepada kegiatan menulis dan berfikir ketika berada di penjara.
 
Aktivis itu mengatakan bahawa perbezaan pendapat dalam PKR mengenai kerjasama dengan PAS berpunca daripada pendekatan Anwar dalam mengendali dan mengurus kepimpinan.
 
"Misalnya kepada si polan A Saudara Anwar telah memberi pandangan lain daripada yang diberi kepada si polan B. Dan agak berbeza juga daripada yang diterima oleh si polan C.
 
"Ini menimbulkan kekeliruan. Buktinya apa yang sedang berlaku sekarang dalam agenda memutuskan kerjasama PKR dengan Parti Islam, PAS.
 
"Cara atau metode dan pendekatan memimpin seperti ini tidak baik. Ia tidak melahirkan keputusan yang kompak dan tuntas. Hasilnya ialah cerai-berai," tulis Hishamuddin.
 
Pada 2 September lalu, Anwar mengeluarkan kenyataan menggesa anggota parti dan penyokongnya membenarkan pemimpin parti itu memutuskan cara terbaik menangani kerjasama dalam Pakatan Harapan.
 
Berikutan itu, para pemimpin PKR yang membantah dan menyokong kerjasama dengan PAS mendakwa bahawa Anwar menyokong mereka.
 
PAS secara rasmi mengakhiri kerjasama selama 18 tahun dengan PKR, terutamanya apabila parti itu menyokong Amanah semasa pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar tahun lepas.
 
Bagaimanapun, beberapa pemimpin PKR masih terbuka untuk bekerjasama dengan PAS bagi mengelakkan pertandingan pelbagai penjuru dalam pilihan raya umum akan datang.
 
 

Subscribe to receive free email updates: