Mahfuz KECEWA Azalina TIDAK JAWAB kos rombongan Najib ke Bali dan Perth kabarmalay3.blogspot.com



Sudahlah pertanyaan mengenai kos perbelanjaan rumah terbuka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak berjawab, kali ini Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar sekali lagi kecewa.

Mahfuz berkata pertanyaan mengenai keseluruhan kos perbelanjaan dan bilangan rombongan yang menyertai percutian Perdana Menteri ke Bali, Indonesia dan Perth, Australia baru-baru ini, mendapat jawapan balas yang hampa dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

"Jadi apa masalah kerajaan untuk sekali lagi menjelaskan kepada rakyat secara terperinci jumlah perbelanjaan wang yang dibelanjakan oleh PM dalam percutian mewah di Bali dan Perth baru-baru ini.

"Siapa anggota rombongan dia tak sebut? Apa hubungan anggota rombongan itu dengan PM? Sebab percutian ini adalah percutian PM. Jadi kita nak tahu siapa yang pergi.
"Kalau 1MDB, mereka kata subjudis. Ini bukan subjudis. Ini perbelanjaan yang tidak membabitkan soal mahkamah pun, kecuali kalau perbelanjaan ini menggunakan wang 1MDB," sindir Mahfuz.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Parlimen hari ini.

http://ift.tt/2hqy8qD - Mahfuz terkejut jawapan Najib

Semalam, Mahfuz melahirkan rasa terkejut dengan jawapan Najib bahawa kegagalan syarikat 1MDB membuat bayaran RM2.58 bilion kepada IPIC hanyalah soal teknikal.

Mahfuz membidas Najib dengan mendakwa 1MDB sudah tidak mempunyai wang untuk membayar hutang tersebut. - MK

Subscribe to receive free email updates: