Dari Buang Masa, Bagus Tamatkan Awal Sidang DUN kabarmalay3.blogspot.com

Caspian



Sejak berakhirnya Sidang DUN Selangor baru-baru ini, ramai dikalangan pemimpin UMNO mempertikaikan, kenapa Sidang DUN negeri Selangor ditamatkan awal dengan hanya membenarkan 36 soalan sahaja diajukan.

Rata-rata menuduh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali penakut untuk menjawab soalan yang dikemukakan sedangkan hal sebenar adalah sebaliknya.

Ketika ditanya sumber terdekat dengan Datuk Seri Azmin, dia memberitahu, kuasa untuk menamatkan Sidang DUN bukanlah terletak ditangan beliau sebaliknya terletak di tangan Speaker dan dalam kes ini, Hannah Yeoh lah yang menetapkan penangguhan sidang DUN berkenaan.

Tidak timbul isu takut ataupun apa jua tuduhan kerana kerajaan Selangor cukup faham bahawa ADUN UMNO dan BN pasti akan menanyakan isu-isu yang tidak relevan dengan kerajaan negeri Selangor.

Sebagai contoh, soalan mengenai masalah air, kerajaan negeri telah meletakkan tanggungjawab berkenaan kepada pihak SPLASH dan SYABAS untuk menguruskannya. Kenapa perlu menanyakan soalan yang suudah diketahui jawapan kepada Menteri Besar?

Datuk Seri Azmin mempunyai tugas yang jauh lebih besar dari memikirkan masalah air dan pelbagai masalah lain di Selangor. Beliau telah melantik Exco kerajaan negeri dan kepada merekalah aduan harus dibuat.

Apalah guna melantik Exco sekiranya semua perkara harus dijawab oleh Datuk Seri Azmin. Bagus beliau tidak melantik Exco sekiranya semua perkara harus beliau sendiri jawab.

Subscribe to receive free email updates: