ANTARAPOS.COM
KUALA TERENGGANU: Seorang pemuda berusia 22 tahun dikenakan hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 kerana cuba merasuah seorang anggota polis dalam satu kejadian pada Februari tahun lalu.
Amir Khairi Hirman Mansor yang bekerja sendiri didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.
Dalam pengakuannya dia mengaku memberi suapan kepada anggota polis agar tutup mulut setelah hasil saringan air kencingnya didapati positif dadah jenis methamphetamine.
Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz juga menetapkan hukuman penjara enam bulan jika Amir Khairi gagal menjelaskan denda tersebut.
Tertuduh bagaimanapun membayar denda berkenaan.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh cuba memberikan suapan sebanyak RM1,000 kepada Koperal Carsten Anak Wilson dari Bahagian Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Manir, di sini, pada 10 Februari 2016 jam 2.55 petang di balai polis itu.
Related Posts :
Rupanya Anwar HANYA ada ijazah sastera Kelas Ke-3, Guan Eng Ijazah akaun saja mana reti ekonomi kabarmalay3.blogspot.com
Siapa Anwar dan Guan Eng dibanding Kelulusan Akedemik Najib
Lol Anwar rupa-rupanya hanya mempunyai ijazah sastera kelas ke3 je, patut jadi… Read More...
Kami suka disiasat SPRM - Abdul Hadi, siasat parti lain juga kabarmalay3.blogspot.com
PAS menyambut baik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat parti itu, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.… Read More...
Kategori pendidikan Marzuki berubah di Wikipedia kabarmalay3.blogspot.com
KUALA LUMPUR – Selepas beberapa individu membuat pendedahan kelulusan pendidikan Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya di Universiti … Read More...
Hipokrasi pemimpin DAP, Melayu naif mudah tertipu kabarmalay3.blogspot.com
1. SEMALAM Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin menegur sikap pemimpin yang memiliki sijil palsu. Sikap ini menurut beliau menggambarkan si… Read More...
Ijazah MB Johor, Osman Sapian juga palsu? (PAKATAN PALSU) kabarmalay3.blogspot.com
KUALA LUMPUR 8 Feb. - Selepas cerita 'sijil palsu' Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya berbahang sampai ke United Kingdom (UK), ti… Read More...