Najib pertimbang adakan pilihan raya lebih awal kabarmalay3.blogspot.com

DETIK DAILY




MERAMALKAN tarikh pilihan raya bukan tugas mudah namun terdapat petunjuk yang Perdana Menteri Najib Razak sekali lagi memikirkan untuk mendapatkan mandat baru tahun ini.


Beliau mengadakan pertemuan dengan pihak berkepentingan, memuji, memperkatakan mengenai rekod baik dalam menguruskan ekonomi dan memperlihatkan dirinya sebagai seorang yang sepenuhnya berkuasa di Umno.

Mesej disampaikan kepada broker Umno tidak dapat disangkal lagi: Najib adalah taruhan terbaik mereka untuk mengalahkan Dr Mahathir Mohamad dan sekutu terbaru beliau.

Dan apabila diperlukan, PM dan penasihatnya menggunakan pendekatan, menegaskan kepada penjawat awam yang jaminan pekerjaan dan kebajikan mereka mempunyai kaitan terus dengan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Najib turut digalakkan untuk mempertimbangkan pilihan raya diadakan pada hujung tahun ini dengan keputusan syarikat petroleum nasional Petronas untuk membayar dividen tahunan kepada kerajaan awal daripada jangkaan. The Malaysian Insight difahamkan, keputusan mengenai perkara ini dibincangkan Petronas dengan PM baru-baru ini.

Petronas berjanji menyumbangkan sekurang-kurangnya RM13 bilion tahun ini, penurunan daripada RM16 bilion tahun lalu walaupun harga minyak sepatutnya meningkatkan bayaran dividen tahun ini.

Sumber dalaman Umno juga percaya kerajaan perlu membuat satu atau dua kali bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebelum pilihan raya untuk memenangi hati penyokong tradisi BN – golongan miskin bandar dan penjawat awam – yang terjejas teruk dengan kenaikan kos sara hidup.

Menurut sumber, dividen awal Petronas itu akan membolehkan pentadbiran dengan pendapatan terhad membuat pemberian wang tunai.

Turut dijangka berlaku adalah lawatan delegasi peringkat tertinggi dari China untuk menyaksikan pelancaran Link Pantai Timur (ECRL) pada September.

ECRL adalah salah satu projek infrastruktur utama yang melibatkan China dan merupakan sebahagian besar daripada naratif Najib yang walaupun semua liputan negatif berkisar 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dakwaan penglibatannya, beliau masih dapat menarik pelaburan berharga ke Malaysia.

Di dalam Umno, ini persoalan yang sentiasa membingungkan: apakah ada kelebihan mengadakan pilihan raya tahun ini atau sebelum mandat tamat pada pertengahan 2018?

Pendapat untuk mengadakan pilihan raya awal mengeluarkan hujah makro ekonomi adalah baik; kedudukan Najib dalam Umno sangat kukuh dan kekuatan pembangkang tidak setanding seperti semasa 2013.

Tambahan pula, selagi Abdul Hadi Awang mengetuai PAS, tiada peluang untuk parti Islam itu berkerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), menggagalkan pilihan pembangkang bagi pertandingan satu lawan satu di semua kawasan pilihan raya.

Mereka yang berpihak kepada Najib mendesaknya mengadakan pilihan raya tahun depan kerana berpendapat masih banyak perkara perlu dilakukan untuk mengurangkan kemarahan rakyat bawahan dengan kos sara hidup yang meningkat. Juga keadaan politik di Sabah dan kubu kuat Umno di Johor yang tidak menentu.

Ia terbukti semasa Abdullah Badawi memohon mandat baru daripada rakyat pada 2008 dengan banyak masalah bawahan yang belum diselesaikan.-The Malaysian Insight


Subscribe to receive free email updates: