KUALA LUMPUR: Datuk Husam Musa sebagai Menteri Besar Kelantan sekiranya Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan negeri itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti hanya sekadar cadangan peribadi Lim Kit Siang, kata Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub.
Katanya, cadangan Penasihat DAP itu tidak mewakili suara PH secara seluruhnya dan ia terpulang kepada sesiapa untuk menamakan mana-mana individu.
“Ia hak masing-masing, biasalah bercakap dalam ceramah.
“Kita pun tidak terikat dengan pandangan itu melainkan nanti setelah berlakunya PRU, kita akan pastikan siapa yang mendapat majoriti itulah yang akan diberikan tanggungjawab,” katanya dalam sidang media parti itu di ibu pejabat mereka di sini, hari ini.
Malah menurut Salahuddin, ada lagi beberapa calon di Kelantan yang dilihat berkelayakan untuk menduduki kerusi itu.
Katanya, apa yang lebih penting ketika ini adalah untuk berusaha sebaik mungkin menjalankan tanggungjawab kepada parti, pakatan dan juga rakyat supaya rakyat yakin dengan PH.
Cadangan Kit Siang menamakan ADUN Salor itu sebagai calon terbaik Menteri Besar Kelantan itu disuarakan dalam majlis sambutan Aidilfitri DAP cawangan Suara Muda, Kebun Sultan dan Gajah Mati di Kota Bharu pada Khamis.
Related Posts :
Kecoh dituduh ‘kencing’ selepas kongsi berita dapat biasiswa Nasa, ini penjelasan Azhar Ali kabarmalay3.blogspot.comKecoh dituduh ‘kencing’ selepas kongsi berita dapat biasiswa Nasa, ini penjelasan Azhar Ali
BARU-BARU ini tular berita mengenai seora… Read More...
KANTOI!!! Rupanya Pakatan Harapan Yang ROMPAK Wang Refund GST... kabarmalay3.blogspot.com
JARAH WANG DARI PETRONAS, TAPI TAK BAYAR REFUND GST SEPERTI YG DAH DIJANJIKAN... TERBUKTI, PH BAPAK PENYANGAK!!!
Saya tak sabar tunggu … Read More...
Beli Barang Untuk Mak Ayah, Haram Ambil Balik Bila Mereka Meninggal kabarmalay3.blogspot.comBeli Barang Untuk Mak Ayah, Haram Ambil Balik Bila Mereka Meninggal
Ada anak-anak yang tak faham, dan anggap perkara pemberian barang pada … Read More...
COVID 19:"Makcik tiba-tiba nak berwuduk, nak solat..." kabarmalay3.blogspot.comCOVID 19:"Makcik tiba-tiba nak berwuduk, nak solat..."
baca selengkapnya
… Read More...
Kalau Masak Tak Jadi, Boleh Post Di Facebook kabarmalay3.blogspot.comKalau Masak Tak Jadi, Boleh Post Di Facebook
baca selengkapnya
… Read More...