Gerakan heret Guan Eng ke mahkamah isu tanah tambak kabarmalay3.blogspot.com

 

Gerakan memfailkan saman fitnah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang susulan dakwaan parti itu bawah bekas ketuanya Koh Tsu Koon menjual tanah tambak dengan harga RM1 untuk sekaki persegi.

Saman itu di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang oleh setiausaha agung Gerakan Liang Teck Meng dan peguamnya Baljit Singh, yang juga ketua biro undang-undang dan hak asasi manusia parti itu.

Saman itu difail berdasarkan tulisan yang disiarkan di Malaysiakini pada 17 Mac 2013 dan 18 Mei; tulisan di laman web DAP bertarikh 23 Mac 2013 dan 2 Januari tahun ini; tulisan di The Edge Market pada 5 Disember 2013; serta tulisan di Facebook Lim pada 18 Mei tahun ini dan laman webnya pada 2 Januari tahun ini.

Gerakan menuntut ganti rugi teladan, ganti rugi teruk dan ganti rugi am serta faedah lima peratus setahun daripada tarikh penghakiman.

Jumlah kerugian akan dinilai oleh mahkamah.

Lim juga dituntut memohon maaf dan menyiarkannya di semua media dan menanggung sendiri kosnya.

Ditanya kenapa Koh, yang dikatakan difitnah, tidak turut sama dalam saman itu, Liang berkata bekas ketua menteri Pulau Pinang itu telah bersara.

Liang bagaimanapun menegaskan Gerakan mempunyai locus standi untuk memfailkan saman itu dan Koh akan dipanggil sebagai saksi.

Subscribe to receive free email updates: