ANTARAPOS.COM
SHAH ALAM: DAP hari ini memaklumkan sudah menerima surat rasmi daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS), sepuluh hari selepas badan itu mengeluarkan arahan agar parti berkenaan mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).
Ketua Biro Undang-undangnya, Gobind Singh Deo berkata ahli CEC akan mengadakan pertemuan pada Rabu ini bagi membincangkan kandungan surat RoS itu, dan akan mengeluarkan kenyataan selepas pertemuan tersebut.
"DAP menerima pemberitahuan rasmi keputusan RoS melalui surat pagi ini.
"CEC akan mengadakan pertemuan Rabu ini untuk membincangkan isi kandungan surat. Kenyataan akan dikeluarkan selepas perbincangan," tulis Gobind ringkas di laman Facebooknya.
RoS pada 7 Julai lalu mengarahkan DAP supaya mengadakan pemilihan semula CEC baru yang sah dan telus bagi membolehkan para perwakilan memilih 20 anggota CEC yang sah dan diiktiraf.
Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, ini kerana RoS mendapati pelantikan 20 anggota CEC dan pemegang jawatan utama parti itu hasil pemilihan semula pada 29 Sept 2013, adalah tidak sah dari segi undang-undang.
Beliau berkata, pemilihan semula itu sepatutnya berdasarkan kepada senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC DAP bertarikh 15 Disember 2012, yang melibatkan seramai 2576 perwakilan dari 865 cawangan
Related Posts :
7 Idea Kreatif Elak Balkoni Jadi Tempat Sidai Kain kabarmalay3.blogspot.com7 Idea Kreatif Elak Balkoni Jadi Tempat Sidai Kain:
baca selengkapnya
… Read More...
Ya ka sebab kesian Abe Lie?Bini-bini Abe Lie Bocor Rahsia kabarmalay3.blogspot.comVideo Abe Li cerita tujuan dia nikahi Ayu, budak siam usia 11 tahun
Video Abe Li cerita tujuan dia nikahi Ayu, budak siam usia 11 tahun
… Read More...
[KO PON SAMA ANGGUK KAT NAJIB] Perwakilan diarah, ugut, paksa ikut pilihan ‘warlord’, kata Khairy kabarmalay3.blogspot.com
Bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin mendakwa ramai perwakilan parti itu diarah, diugut, dan dipaksa untuk mengikut pilihan ‘warlord’… Read More...
Zahid Pelawa,KJ Tolak kabarmalay3.blogspot.comZahid Pelawa,KJ Tolak
baca selengkapnya
… Read More...
Keputusan kerajaan PH batal semakan ICJ korbankan kedaulatan negara kabarmalay3.blogspot.com
17 Syawal 1439H, Ahad – Tiga dokumen baharu yang ditemui di Britain boleh menjadi bukti kukuh yang boleh mengembalikan Pulau Batu Pu… Read More...