'PAS Menumpang Kekuatan UMNO Je!!!" Awas Dengan Pandangan Seperti Ini... kabarmalay3.blogspot.com

Kalau ada sesapa di kalangan ahli UMNO yg kata kononnya PAS bertuah kerana dapat menumpang kekuatan UMNO, atau yg seumpama dengannya, aku cadangkan supaya berhati-hati dengan ahli umno seperti ini... kalau boleh, cuba imbas semula kebelakang, lihat bagaimana perjalanan ahli ini dlm UMNO, terutama ketika UMNO baru sahaja lepas tewas dalam PRU14...



Beberapa kebarangkalian yg korang akan jumpa adalah, ahli umno ini mungkin sudah tidak memegang apa2 jawatan yg tinggi di dalam UMNO... atau, kalau adapun jawatan yg dipegang, ia mungkin jawatan menang tanpa bertanding ketika pemilihan UMNO 2018, ataupun mungkin hanya jawatan lantikan...

Atau kedua, ahli ini langsung tidak bertanding sebarang jawatan ketika pemilihan tersebut dan hanya memilih untuk memberi laluan kpd org lain, sekalipun untuk mempertahankan jawatan yg sudah disandang... maknanya, jika ada ura2 org lain mahu menawarkan diri utk jawatan yg disandangnya itu, dia akan memilih untuk serahkan sahaja jawatan tersebut tanpa mahu mempertahankannya lagi...

KENAPA???

Kerana pada ketika itu, ahli2 seperti ini sebenarnya sudah mencatur langkah untuk berhijrah meninggalkan UMNO... UMNO yg baru sahaja lepas kalah PRU14, UMNO yg sudah tidak lagi berkuasa, UMNO yg dikatakan sudah rosak luar dan dalam... alasan2 ini sudah siap utk mereka gunakan, menjadikan UMNO ini seperti sebuah parti yg sudah tidak relevan, dan kemudiannya mereka akan melangkah keluar meninggalkan UMNO menyertai PPBM yg ketika itu sedang galak melambai-lambai kpd mereka...

Tiba2 perkara yg tidak dijangka telah berlaku... siapa sangka sebelum ini, musuh tegar UMNO, iaitu PAS tiba2 sudi menghulurkan tangan kpd UMNO... di saat UMNO benar2 sudah hampir tenggelam dan terkubur, ketika ini PAS menghulur tangan... sbb itu, bagi aku, jasa PAS untuk UMNO sangat besar dan tidak ternilai... apa guna sbg parti terbesar, jika ketika itu hakikatnya UMNO sudah hampir benar terkubur... ketika mana PAS boleh saja memilih untuk membiarkan UMNO terkubur, tetapi tidak, PAS memilih untuk menghulurkan tangan...

Sejak dari itu, politik UMNO berubah... dari sebuah parti yg berada di ambang pintu kubur, menjadi parti yg kembali kuat dan gagah, bersama dgn PAS dan Muafakat Nasional... kesannya, ramailah ahli2 UMNO yg tersadung kaki... ada yg dah tersalah langkah, dan ramai juga yg rebah sendiri tersepak batu...

Mereka sekarang terkapai-kapai nak mencari pelampung penyelamat... jawatan sudah tak pegang, dah 'bg laluan' kpd org lain... nak teruskan langkah melompat, tapak nak mendarat pun dah semakin tak kukuh... PPBM tempat mereka nak berpayung kini hanya menanti masa nk rebah... jika MN tarik handbrake maka karamlah PPBM...

Mahu tidak mahu, ahli2 umno spt ini terpaksa berusaha, samada untuk kembali mencari kekuatan semula di dalam UMNO, parti yg mereka sudah ludah, atau, memastikan survival PPBM dapat terus kekal sbg pelemah kpd UMNO dan Muafakat Nasional...

Sebab itu, kalau ditanya apakah penyebab mereka tersadung kaki, dlm diam dalam hati, tentu mereka akan jawab, "PAS..." maka, dalam puji akan ada sinis, dalam syukur akan ada takabur...

Berhati-hatilah dgn mereka-mereka ini...

#AriffSMB

*gambar hanya hiasan, tidak ada kena mengena dgn artikel ini...

Subscribe to receive free email updates: