Anak Najib Berjiwa Besar Beri Laluan Kepada AJK Pemudanya Bertanding. kabarmalay3.blogspot.com


Aku sanjung tinggi semangat dan pengorbanan yg ditunjukkan oleh Saudara Mohd Nizar Bin Mohd Najib yg sedia memberi laluan, menyokong, malah telah berjanji akan bekerja keras bagi memastikan kemenangan besar menjadi milik calon BN di PRK DUN Chini...


Sekali lagi, UMNO membuktikan kpd seluruh rakyat Malaysia bahawasanya parti keramat orang Melayu ini sudah mengalami banyak perubahan serta lonjakan paradigma dari segenap aspek... UMNO hari ini sudah jauh berbeza berbanding UMNO sebelum ini...

Kalau dulu, bukan mudah bagi orang seperti Mohd Nizar, yg sudah berada di posisi terbaik, selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pekan untuk melepaskan peluang menjadi calon dalam kawasannya sendiri, apatah lagi untuk memberi laluan kepada ahli jawatankuasa Pemuda nya yg hanya merupakan Ketua Pemuda UMNO peringkat cawangan menjadi calon pilihanraya mewakili BN... tambahan pula dgn cable yg beliau ada sebagai anak kpd mantan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen dan ketua UMNO Bahagian Pekan, sudah tentu segala kelebihan ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin...

Tetapi semua itu tidak berlaku... seperti juga ayahnya, Mohd Nizar juga merupakan seorang yg berjiwa besar... beliau memberi laluan kpd Saudara Mohd Shahrim Bin Md Zain menjadi calon mewakili BN dalam PRK DUN Chini... bagi Nizar, dan tentunya bagi DS Najib juga, Saudara Shahrim lebih berhak dan berkelayakan... beliau mmg sudah lama berkhidmat di kawasan DUN Chini sebagai Setiausaha politik kpd mantan ADUN Chini yg baru meninggal dunia... sudah tentu Shahrim lebih tahu dan faham aspirasi yg ditinggalkan oleh Allahyarham di kawasan tersebut...

Takpelah... mungkin ini bukan masa untuk Nizar lagi... mungkin ini juga sebenarnya masa untuk Nizar membuktikan kebersediaan beliau untuk menjadi pemimpin masa depan dan sejauh mana beliau sanggup berjiwa besar tatkala peluang sudah terhidang di depan mata...

#AriffSMB

Subscribe to receive free email updates: