[RASIONAL PH] Takkan nak simpan beratus pagar tol dalam stor, kan membazir kabarmalay3.blogspot.com

Maka terjawablah persoalan mengapa PH membuat pusingan U untuk meneruskan AES yang mereka pernah lawan habis-habisan sebelum ini.

Rupa-rupanya mereka tidak mahu kamera-kamera AES yang telah dibeli semasa kerajaan BN disimpan di dalam stor sahaja dan menjadi satu pembaziran.

Bagaimana pula dengan rancangan kerajaan PH untuk membeli dan menambah lagi kamera AES?

Nampaknya harapan rakyat untuk tol dimansuhkan seperti dijanji manfiesto PH telah menjadi lebih muram.

Takkan mahu simpan beratus-ratus pagar tol yang sedia ada sekarang di dalam stor sahaja?

Membazir sangat tu.


Oleh : Najib Razak

Subscribe to receive free email updates: