RAKYAT SENDIRI BOLEH MENILAI BEGINIKAH SIKAP PEMIMPIN DAP?
Sikap terhadap undang-undang negara, tiada budi bahasa dan tingkah laku tak ubah seperti komunis. Pihak berkenaan perlulah juru ukur untuk sahkan sempadanan tanah.
Pertengkaran mulut libat Wong Tack berkaitan isu tanah undang reaksi netizen
BENTONG 3 Jan. - Pertengkaran mulut antara Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack dan beberapa individu yang sedang membersihkan kawasan tanah kebun berhampiran Manchis di sini tular dalam media sosial.
Video berdurasi 4.36 minit itu menyaksikan Wong Tack seolah-olah tidak dapat mengawal emosi dan meminta proses membersihkan kawasan kebun berkenaan yang didakwa ditanam pokok buah-buahan penduduk di tanah milik kerajaan dihentikan.
Susulan pertengkaran dalam keadaan beremosi itu yang menyaksikan Wong Tack turut menyatakan pihaknya adalah ‘kerajaan pada masa ini’ menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen.
Antaranya, netizen mempersoalkan cara dan sikap selain mendakwa ia mengganggu kerja penjawat awam.
Difahamkan, kerja pembersihan dilakukan sebuah syarikat yang telah membeli tanah di dalam kawasan berkenaan untuk penanaman ladang termasuk durian dan kelapa sawit.
Dalam video tersebut juga memaparkan seorang individu yang dikatakan mewakili mahkamah menyatakan mendapat perintah mahkamah untuk melakukan kerja berkenaan.
Bagaimanapun, Wong Tack meminta penjelasan mengenai ukuran tanah yang dibenarkan mahkamah.
Dalam pada itu, Wong Tack ketika dihubungi berkata, apa yang dilakukan tiada kaitan dengan politik dan hanya membela nasib penduduk di situ yang teraniaya selepas kebun mereka dimusnahkan.
#CelahGelegar
koleksi Video Pemimpin DAP BIADAP sebelum ini
#CelahGelegar
koleksi Video Pemimpin DAP BIADAP sebelum ini