SPRM tahan bekas ADUN DAP untuk pendakwaan kabarmalay3.blogspot.com

SHAH ALAM, 23 Jan (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP di Selangor berhubung dua kes tuntutan palsu berjumlah kira-kira RM30,000, hari ini.

Menurut sumber, lelaki berusia 41 tahun tersebut ditahan di Pejabat SPRM Selangor di sini pada 3 petang tadi.

Difahamkan bekas ADUN berkenaan berkemungkinan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam esok mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. - Bernama 

Subscribe to receive free email updates: