Dalam tempoh kempen PRK yang bermula minggu lepas, saya perhatikan ada video-video pra-bayar (sponsored) yang dibayar oleh entah pihak mana telah dimuatkan oleh media untuk menyerang BN tetapi media-media ini telah menerima kecaman teruk dari netizen dalam ruang komen.
Tiba-tiba media Australia pula menerima beberapa helai dokumen oleh entah pihak mana yang mereka sendiri mengaku tidak bertarikh dan tidak ditandatangani (“undated and unsigned”).
Lantas, media Australia pun melaporkan dengan mendakwa kos ECRL sebenar hanya RM27 bilion dan bukan RM55 bilion serta membuat tuduhan bahawa kerajaan BN terdahulu pakat dengan negara China untuk menyalurkan beza RM38 bilion itu untuk menebus hutang 1MDB.
(kos RM81 bilion yang diberi oleh Guan Eng termasuk kos operasi berpuluh tahun dan bayaran faedah. Oleh kerana ianya dibagi oleh Guan Eng, maka kita boleh abaikan kerana biasanya ia cerita dongeng.)
Dan seperti biasa, laporan media asing ini juga dikitar semula di media-media tempatan.
Baik. Kita kira. Kerana Rakyat Malaysia perlu bijak.
Kali ini kita belajar sedikit matematik dan pemikiran berasas logik.
Terlebih dahulu, kita maklum bahawa projek landasan berkembar keretapi Gemas-Johor Bahru ini telah dimuktamadkan dan diluluskan oleh kerajaan PH baru-baru ini.
Kos untuk projek ini bagi menaikkan taraf landasan keretapi sepanjang 197km kepada landasan berkembar dan menggunakan elektrik ialah RM8.9 bilion - turun dari RM9.4 bilion kerana Kementerian Guan Eng telah memberi pengecualian SST kepada syarikat yang dianugerahkan projek ini.
Kita juga maklum bahawa kerajaan PH tidak pernah sekalipun menuduh projek ini terlalu mahal ataupun ada apa-apa penyelewengan.
http://bit.ly/2AR1vKc
Maka RM8.9 bilion untuk 197km bersamaan dengan kos RM45.2 juta untuk satu km.
Jika kos untuk projek ECRL sepanjang 688km benar-benar hanya RM27 bilion, maka kos setiap km ialah RM39 juta satu km - lebih rendah dari projek Gemas-Johor Baharu.
Adakah ianya masuk akal bahawa kos untuk projek menaik-taraf landasan Gemas-Johor Baharu yang sedia ada dengan stesen-stesen dan landasan yang sedia ada di kawasan yang merupakan tanah rata tanpa gunung-gunung besar lebih mahal daripada kos untuk projek ECRL?
Sedangkan, projek ECRL merupakan projek "Greenfield" yang memerlukan pembinaan stesen-stesen baru yang jumlahnya berganda berbanding projek Gemas-Johor Baharu, memerlukan tren-tren baru, memerlukan pembinaan terowong-terowong dan jambatan yang panjangnya lebih dari 100km serta memerajui banjaran Titiwangsa.
Kos untuk ECRL apabila dianugerahkan oleh kerajaan BN ialah RM55 bilion untuk 688km - iaitu RM79.9 juta setiap km.
Tetapi ini dikatakan mahal berbanding kos RM45.2 juta setiap km untuk projek menaik-taraf landasan keretapi sedia ada.
Selain bandingan dengan projek Gemas-Johor Baharu, adakah ECRL mahal berbanding projek-projek keretapi serantau seperti berikut?
1. Keretapi laju menghubungkan lapangan terbang Suvarnabhumi, Don Mueang and U-Tapao di Thailand diluluskan pada 2018. US$7.2 bilion (RM29.5 bilion) bagi 260km = RM113 juta setiap km.
2. Keretapi laju menghubungkan Bangkok dengan daerah Nakhon Ratchasima diluluskan pada 2017. Kos US$5.5 bilion (RM22.6 bilion) bagi 250 km = RM90.2 juta setiap km.
3. Keretapi laju Jakarta ke Bandung diluluskan pada 2017. Kos US$5.9 bilion (RM24.2 bilion) bagi 250km = RM96.8 juta setiap km.
Adakah ECRL mahal jika dibandingkan dengan projek lebuhraya Pan-Island Link 1 (PIL-1) sepanjang 19.5km dengan kos RM9 bilion (RM461 juta setiap km) yang telah diluluskan dan sedang dilaksanakan kerajaan PH di Pulau Pinang?
Jika kos ECRL terlalu mahal pada harga RM79.9 juta setiap km dan dituduh ada penyelewengan dan rasuah, mengapa kerajaan PH tidak mahu menyiasat projek lebuhraya PIL yang berharga RM461 juta setiap km?
Walaupun PH dan media asing kawan PH sering tuduh kos ECRL ialah di atas harga pasaran dan mendakwa kos sebenar hanya RM30 bilion, mereka tidak pernah memberi sebarang bukti untuk menyokong dakwaan itu.
Saya pernah bertanya PH sekurang-kurangnya 10 kali untuk mendedahkan mana-mana laporan yang menyebut kos ECRL hanya RM30 bilion namun tidak pernah sekalipun mereka menjawab.
PH menipu sebelum PRU14. Selepas PRU14 dan semasa PRK juga, mereka terus menipu.
Oleh : Najib Razak