[PH HANYA TUKAR NAMA] Pembangunan Lembah Wawasan Malaysia 2.0 (MVV 2.0) kabarmalay3.blogspot.com

Pembangunan Lembah Wawasan Malaysia 2.0 (MVV 2.0) di bahagian barat Negeri Sembilan dijangka menarik pelaburan bernilai RM294 bilion dalam tempoh 30 tahun.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, berkata projek pembangunan metropolis bertaraf dunia yang kompetitif, inklusif dan bersih itu bakal mewujudkan lebih 600,000 peluang pekerjaan menjelang 2045.

Katanya, pembangunan di kawasan Seremban dan Port Dickson seluas 153,411 hektar itu, turut memberi tumpuan kepada pembangunan pemangkin; faedah ekonomi dan sosial serta aspirasi kelestarian alam sekitar.

“Sasaran pelaburan antarabangsa dan tempatan bagi Negeri Sembilan juga ditetapkan sekurang-kurangnya RM1 bilion setahun.

Bagaimanapun, bagi tahun ini jumlah pelaburan di negeri ini sudah mencecah RM2 bilion,”

Aminuddin berkata, pelaburan itu dijangka dapat meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri sebanyak 4% setahun.
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2018/12/508686/mvv-20-bakal-tarik-pelaburan-rm294-bilion

Projek ini diwujudkan oleh kerajaan BN bersama Tok Mat masa saya PM dan merupakan antara salah satu projek impak ekonomi besar di bawah Pelan Transformasi Negara kita.

Pertama kali saya umumkan projek ini ialah pada tahun 2016 semasa menyampaikan Bajet 2017.

Pada masa saya, projek ini diberi nama Malaysian Vision Valley ataupun MVV.

Projek ini diteruskan oleh kerajaan PH tetapi telah dijenamakan semula dengan amat kreatifnya menjadi MVV 2.0.

#doneclaim


Oleh : Najib Razak

Penulis adalah Perdana Menteri Malaysia Ke-6

Subscribe to receive free email updates: