PENIPU DIBENCI? Khalid tidak dipedulikan, Najib dikerumuni kabarmalay3.blogspot.com

TIDAK KESAMPAIAN. Hajat Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad untuk mendapat perhatian tidak kesampaian apabila tidak dipedulikan oleh penduduk Sungai Koyan dan media yang hadir usai bersolat Jumaat di masjid sebentar tadi.

Peristiwa memalukan ini berjaya dirakamkan oleh netizen yang hadir untuk bersolat di masjid yang sama. Di dalam video itu Khalid yang kelihatan sedang kesipuan dan malu-malu alah mula beransur beredar keluar dari masjid.

Manakala bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pula dilihat sedang dikerumuni oleh penduduk di sana bersama-sama dengan media yang ingin mendapatkan liputan.

Kejadian spontan ini berlaku selepas solat Jumaat di Masjid Sultan Ahmad Sungai Koyan.

Khutbah dan solat Jumaat itu tadi diimamkan oleh Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man. Mereka bertiga bersam dengan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sempat duduk bersama selepas solat dan Khalid mula beredar selepas tidak dipedulikan oleh jemaah.

Itulah kesannya jika terlalu banyak penipuan dan pembohongan yang diberikan kepada rakyat. Rakyat mula sedar dan sedikit demi sedikit mula menolak Pakatan Harapan (PH) – AbuLeman

[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]





© Khalid tidak dipedulikan, Najib dikerumuni penduduk Sungai Koyan - Abu Leman

Subscribe to receive free email updates: