Menteri tahap macai kabarmalay3.blogspot.com

28 Rabiulakhir 1440H, Sabtu – “Sudah jadi kerajaan, menteri masih berfikiran dan berperangai pembangkang.
“Buat kerja sahajalah YB, rakyat di bawah amat sengsara dengan kos sara hidup yang makin menekan.”
Demikian sindiran balas Ketua Pemuda UMNO, Datuk DrAsyraf Wajdi Dusuki terhadap Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berhubung isu penurunan harga minyak, semalam.
Ahli Parlimen Shah Alam dalam ringkasan Twitternya memuat naik kenyataan sinis menyindir kerajaan terdahulu, Barisan Nasional, kononnya tidak berusaha untuk membantu rakyat menurunkan harga petrol dan diesel.
Sebaliknya, berbeza dengan kerajaan Pakatan Pakatan Harapan yang telah membantu rakyat menurunkan harga minyak dan barang.
“Harga minyak RON 95 dan diesel dah turun. InsyaAllah menyumbang ke arah menurunkan kos barang dan kos kehidupan rakyat. Satu per satu kita uruskan. Memang ada niat dan usaha ke arah itu semua, tidak seperti kerajaan BN dulu. Niat pun takada apa tah lagi usaha,” katanya.
Bagaimanapun, Asyraf Wajdi membidas bahawa apa yang dijanjikan kerajaan campuran PH sebenarnya tidak sebagaimana bulan dan bintang dalam manisfesto.
“Apa-apapun harap semua simpan ‘screenshot’ supaya boleh kita nilai sama ada benar atau tidak apa yang dikata,” katanya.
Khamis lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan harga runcit petrol RON95 diturunkan daripada RM2.20 kepada RM1.93 seliter, manakala RON97 diturunkan daripada RM2.50 kepada RM2.23 seliter bagi tempoh mulai tengah malam ini hingga 11 Januari ini.
Bagi diesel, harga runcit bahan api itu diturunkan daripada RM2.18 kepada RM2.04 seliter.
Kerajaan memutuskan harga runcit petroleum diumumkan secara mingguan, bagi membolehkan pengguna menikmati sebarang perubahan harga dengan lebih cepat selaras aliran penurunan harga petroleum di pasaran dunia.

Subscribe to receive free email updates: