(Letak Jawatan) Video menari: Isma desak Tommy Thomas, Richard Malanjum letak jawatan kabarmalay3.blogspot.com



Pergaulan bebas Peguam Negara, Ketua Hakim Negara bercanggah profesionalisme sebagai pemegang amanah guaman dan kehakiman

13 Jamadilawal 1440H, Sabtu– Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, mendesak Peguam Negara, Tommy Thomas dan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum meletakkan jawatan.
Desakan itu susulan tularnya video yang memaparkan kedua-dua individu penting dalam institusi perundangan dan kehakiman negara menari dengan aksi yang memalukan di atas pentas dalam satu majlis.
Menerusi video berdurasi satu minit 37 saat itu, turut kelihatan individu-individu yang sering mencetuskan kontroversi, termasuklah peguam dan aktivis liberal, Siti Kasim serta Ambiga Sreenevasan.
Presiden Isma, Aminuddin Yahaya berkata, pergaulan bebas dan terbuka yang ditonjolkan dalam video tular berkenaan semestinya bercanggah dengan profesionalisme seorang Peguam Negara serta Ketua Hakim Negara.
Beliau berkata, rakyat bimbang terhadap masa depan negara, di mana keputusan mahkamah akan dipengaruhi oleh individu tertentu yang ada hubungan baik dengan Tommy dan Richard.
“Pergaulan terbuka seperti ini bukan sikap seorang pemegang amanah guaman dan kehakiman, lebih-lebih lagi jawatan tertinggi negara dalam profesion ini.
“Oleh itu, kita mendesak supaya Tommy Thomas dan Richard Malanjum meletakkkan jawatan mereka sebagai Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara kerana mereka tidak lagi sesuai untuk menjawat jawatan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Video berkenaan mula tular dan heboh diperbincangkan pengguna media sosial sejak semalam, dengan lebih ribuan perkongsian di Facebook serta Twitter.
Difahamkan, video itu dirakam pada Majlis Makan Malam Pembukaan Tahun Perundangan 2019: Keadilan Menuju Kehadapan. - ismaweb 

Subscribe to receive free email updates: