Kod etika Hakim 2019 kabarmalay3.blogspot.com

Saya tak suka mengulas pasal politik tetapi apabila memikir bahawa dakwah adalah Amar makruf Nahi mungkar (ajak kepada kebaikan dan cegah kemungkaran), maka saya memaksa diri saya melakukannya.
.
Sejak awal telah diberitahu bahawa saya tidak mahu ambil tahu hal peribadi orang lain atau tarian mereka itu bagus ke tidak. Apa yang saya nak fokus adalah INTEGRITI & ETIKA sebagai Menteri Undang-Undang, Ketua Hakim Negara & Peguam Negara dalam majlis bersama peguam lain yang mungkin mereka akan adili kes mereka satu hari kelak. 
.
Jelas pula dalam kod etika mereka mengatakan “TIDAK MENIMBULKAN KERAGUAN MUNASABAH” & “TIDAK BOLEH BERKELAKUAN BURUK YANG BOLEH MEMBAWA NAMA BURUK KEPADA JAWATANNYA SSBAGAI HAKIM”.
.
Di manakah prinsip? Kepada kakak yang mengatakan orang lain sebagai terencat akal, tidakkah kakak tahu bahawa yang minum arak dan mabuk itu memang seperti terencat akal dan hilang malu? Siapa yang terencat sebenarnya? 
.
#islam #muslim #firdauswong #intregiti #etikapeguam

Oleh : Firdaus Wong Wai Hung 

Subscribe to receive free email updates: