Kisah Hidup Melayu Islam Singapura yang dulu sebahagian Tanah Melayu kabarmalay3.blogspot.com



Pada tahun 1948, Tanah Melayu adalah tanah jajahan Inggeris. Singapura ada sebahagian dari Tanah Melayu.

Sebelum Inggeris menjajah melalui Perjanjian Pangkor 1874, majoriti penduduk adalah Melayu Islam. Kaum China ada wujud bersama di Melaka yang berhijrah bersama Puteri Hang Li Po di zaman Sultan Mansor Shah. Hakikatnya Tanah Melayu adalah Bumi Melayu. PeriodKhalas.

Taktik Zionis telah dijalankan kepada Tanah Melayu.
Lihat dan kaji bagaimana Tanah Melayu berubah bentuk dengan kemasukan pendatang baru. Pada satu tahap Bani Melayu telah hampir menjadi Red Indian dalam negara sendiri.
Ini diselamatkan dengan satu lagi projek yang dipanggil Malaysia. Harus diakui bahawa latar belakang projek ini ialah usaha untuk menjadikan kembali Melayu sebagai majoriti di Tanah Melayu.

Baca dan fahami pula bagaimana Singapura wujud. Baca sejarah bagaimana Singapura diambil alih oleh Inggeris pada tahun 1819. 
Baca dan kaji bagaimana Pulau Temasek ini dipisahkan dari ibunda Tanah Melayu pada tahun 1957. 
Dan kaji bagaimana Singapura dibawa masuk kemudian dipisahkan sekali lagi dari bonda kandung Tanah Melayu pada 8 Ogos 1965.
Semua ini adalah strategi Inggeris yang berjangka panjang. Singapura ini adalah wilayah penempatan baru. Kalau Isreal untuk bumi Arab maka Singapura adalah Israel untuk Bumi Melayu.
Apa yang saya tulis ini adalah fakta sejarah. 
Saya berani mengatakan bahawa Israel dan Singapura diwujudkan sebagai taktik dan strategi kuasa Anglo-Amerika jangka PANJANG. 
Oleh: Hishamuddin Rais

Subscribe to receive free email updates: