Ada laporan berita lagi dua hari dahulu bahawa Kementerian Pendidikan masa kerajaan BN telah membazir RM20 juta untuk kos perunding luar negara.
Walaupun Kementerian Pendidikan di bawah kerajaan PH telah menafikan wujudnya pembaziran keesokan hari, saya terpanggil untuk menjelaskan sekali lagi.
Adakah kos RM20 juta untuk merancang satu sistem pendidikan yang baik untuk sesebuah negara bagi 10 tahun yang akan datang itu satu pembaziran?
Bagaimana dengan kos RM20 juta untuk prototaip kereta ataupun kos RM1 juta hanya untuk menurunkan logo 1Malaysia di 21 pusat UTC yang ditanggung oleh kerajaan PH?
Baca : Ingat Nama Ni, Wan Saiful, Maszlee: Sejak Masuk KPM, Kerja MENYUSAHKAN Orang Sahaja - Najib
Sebelum saya menjadi PM, kedudukan IPTA negara semakin menurun. Ini mencetus banyak kritikan dan kerisauan dari orang ramai kerana kualiti pendidikan anak-anak kita sangat penting untuk masa depan negara.
Oleh itu, apabila kita melancarkan Program Transformasi Negara, bidang pendidikan merupakan bidang keutamaan yang perlu diberi tumpuan.
Saya ingat pada akhir tahun 2013, pemimpin-pemimpin Pakatan dengan rakyat mengecam kerajaan dengan teruk kerana menggunakan RM20 juta untuk mengupah perunding terkenal dunia McKinsey & Co bagi mengambil masa dua tahun untuk menyumbang kepada usaha kita untuk membentuk Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Negara.
Kerajaan BN pada masa itu dikecam sebagai bodoh, boros, membazir dan sebagainya kerana mengupah perunding dari luar negara dan bukan dari dalam negara sahaja.
(Namun, kerajaan PH sudah mengesahkan bahawa kedua-dua hasil dari pertolongan perunding luar negara ini iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025, ialah bagus dan akan diteruskan.)
Baca : U-TURN KALI "KESERIBU": Maszlee nafi mahu masukkan 1MDB dalam subjek Sejarah
Pada masa itu saya mahu pendidikan negara menjadi antara terbaik di dunia - bukan sekadar jaguh kampung sahaja.
Alhamdulillah. Akhirnya, pelan kita berhasil. Yuran pelajar juga tidak pernah dinaikkan dan prestasi IPTA-IPTA kita terus meningkat.
Misalnya, kedudukan UM jatuh sehingga tempat ke 246 antara universiti-universiti dunia mengikut laporan QS bagi tahun 2007 iaitu sebelum saya menjadi PM.
Kini, kedudukan UM terus meningkat setiap tahun sehingga mencapai tempat ke-87 antara universiti terbaik di dunia dalam laporan terbaru QS.
Bukan UM sahaja tetapi semua IPTA-IPTA negara telah berjaya memperbaiki prestasi dan kedudukan mereka setiap tahun bagi tahun-tahun kebelakangan ini.
Baca : Sarapan Pagi Idea Jepun, Pegawai Khas Maszlee Kena Kecam Netizen
Ini jelas menunjukkan kritikan pembaziran dan kecaman terhadap kita yang menjalankan pembaharuan dan transformasi pendidikan negara pada masa dahulu, adalah tidak berasas.
Ia juga jelas bagaimana Pakatan dengan mudah boleh menghasut rakyat menentang langkah yang sebenarnya bagus dan terancang.
Ini antara legasi yang ditinggalkan oleh kerajaan BN semasa saya PM bagi generasi anak muda negara yang akan datang.
Oleh : Najib Razak
Penulis adalah Perdana Menteri Malaysia Ke-6