👍Dituduh anti Yahudi, ini jawapan 'power' Tun M di Oxford kabarmalay3.blogspot.com

OXFORD: Meskipun mencipta sejarah sebagai pemimpin pertama dari ASEAN yang dijemput berucap di Kesatuan Oxford, namun kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad mengundang kritikan dan tekanan daripada komuniti Yahudi di Oxford.

Kumpulan itu dilaporkan mengeluarkan kenyataan tidak berpuas hati dengan jemputan Kesatuan Oxford yang mengundang Dr Mahathir yang dilabelkan sebagai anti-Yahudi.

Seperti diduga juga, Presiden Kesatuan Oxford, Daniel Wilkinson mengajukan beberapa soalan yang berkaitan dengan pendirian Malaysia yang menghalang kemasukan atlet Israel daripada menyertai Kejohanan Renang Para Dunia di Sarawak pada Julai dan juga pendapat Dr Mahathir mengenai Israel.

Menurut Dr Mahathir, dia tidak peduli dilabelkan sebagai anti-semitik hanya kerana kelantangannya mengkritik Israel kerana ianya adalah haknya untuk menyatakan pendirian.


“Saya tidak faham apabila kita bercerita mengenai kebebasan bersuara tetapi saya tidak boleh berkata apa-apa mengenai Israel ataupun Yahudi. Kita akan dilabelkan sebagai anti-semitik bila kita cuba mengkritik dengan bebas mengenai Israel.”



Mengulas mengenai keputusan Malaysia menghalang atlet dari Israel untuk memasuki negara ini, Dr Mahathir berkata adalah hak sesebuah negara seperti Malaysia untuk menghadkan sempadan negaranya kepada negara tertentu.

“Di Malaysia, kita tiada urusan diplomatik dengan Israel. Kita tidak rasa mereka perlu datang ke Malaysia kerana kita rasakan mereka banyak melakukan kesilapan dan tidak mahu bertanggungjawab hanya kerana tiada siapa yang berani menegur mereka”.



Ditanya adakah adil untuk rakyat Israel dihukum begitu hanya kerana tindakan kerajaan mereka, Dr Mahathir menganggap majoriti rakyat Israel menyokong tindakan yang dilakukan kerajaan mereka.

“Kerajaan Israel sangat berkuasa, tidak banyak yang boleh kita lakukan. Jadi kita tak katakan apa-apa pada kerajaan Israel tetapi kita tidak akan hulurkan persahabatan kepada mereka"  jawab Dr Mahathir dengan diberikan tepukan gemuruh daripada hadirin.


Subscribe to receive free email updates: