DAP Sanggah Tun Mahathir, Projek Kereta Ke-3 kabarmalay3.blogspot.com

Seorang veteran DAP mengingatkan kerajaan tentang kegagalan Proton, mengatakan ramai dalam kalangan rakyat masih meragui rancangan kereta nasional ke-3.
Bekas pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau berkata, Proton gagal kerana kronisme, budaya korporat mengejar keuntungan semata-mata dan rasuah di sektor swasta dan awam.
“Malaysia memerlukan dasar ekonomi tanpa campurtangan keterlaluan daripada kerajaan, membuka perniagaan untuk persaingan dan menggubal undang-undang anti-monopoli, dan mewujudkan sistem kewangan yang lebih telus,” kata Boo di Facebook.
Beliau menjawab penjelasan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Yusof mengenai projek itu.
Proton ditubuhkan pada 1983 oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dan mengeluarkan kereta pertamanya pada 1985.
Redzuan dalam satu temubual dengan FMT berkata projek kereta nasional ke-3 itu mengenai “meningkatkan kapasiti vendor sedia ada”, dan menolak pesimis yang bimbang ia akan menjadi seperti Proton.
Beliau berkata tiada dana awam akan digunakan dalam pembangunan projek itu kerana ia akan didorong oleh rakan kongsi swasta yang strategik.
“Kerajaan tidak berhasrat untuk projek itu menjadi saluran kepada mana-mana dana awam,” katanya, sambil menambah jika projek itu gagal, kerajaan tidak akan menggunakan penjamin.
Boo bagaimanapun tak yakin.
Beliau berkata tiada reformasi sejati dalam sejak pilihan raya umum lalu, dan “kerajaan baru” belum menunjukkan sebarang keazaman untuk merealisasikan reformasi.
“Dasar ekonomi bukan permainan mana-mana pemimpin. Ianya melibatkan kepentingan jangka masa panjang rakyat dan negara,” katanya. fmt

Subscribe to receive free email updates: