AWAS, kemaraan hegemoni pendidikan Cina kabarmalay3.blogspot.com

Tinggalan penjajah yang sudah "menang"
By Arif Atan
AWAS, kemaraan hegemoni pendidikan Cina.

Di mana 'political will' pemimpin Pakatan Harapan (PH) untuk menjadikan pendidikan sebagai wadah utama integrasi nasional? Pemimpin Melayu PH pula masih bermimpi menganggap rasis hanya milik orang Melayu?
Mengapa sistem pendidikan berorientasikan kaum tinggalan penjajah yang kemudiannya memberi talian hayat selama 60 tahun kepada BN yang PH label sebagai mengamalkan politik perkauman boleh diteruskan malah disalurkan lagi peruntukan kerajaan?
Muka depan akhbar China Press hari ini memaparkan barisan menteri dan timbalan menteri yang semacam meraikan kejayaan pendidikan Cina.
Sejak kelmarin lagi, saya meneliti pola berita TV jam 8 malam.
Pada ketika siaran berita TV berbahasa kebangsaan Jumaat lalu sibuk bercakap isu nasional daripada penurunan harga minyak dan ancaman ribut Pabuk di pantai Timur Semenanjung, berita Cina TV2 fokusnya jelas kepada kepentingan kaum mereka. Tidakkah itu mencerminkan nilai rasis cuba untuk dinormalisasikan?
Lihat pada bukti catatan masa pada gambar-gambar berikut. Pada jam 8.08 malam, berderet berita tentang pendidikan Cina saja. Yang sempat ditonton berita tentang sidang media Tun Dr Mahathir berhubung pengiktirafan UEC iaitu sijil peperiksaan sekolah menengah persendirian Cina (SMPC).
Dilanjutkan pula dengan khabar gembira tentang peruntukan kerajaan kepada SMPC.
Menyaksikan kegembiraan menteri dan timbalan menteri Cina terhadap kejayaan pendidikan berorientasikan kaum mereka selain fokus berita TV dan akhbar Cina, adakah ini tidak cukup mencelikkan kita tentang ANCAMAN jangka panjang terhadap PENDIDIKAN KEBANGSAAN?
Adakah Malaysia Baru hanya laungan palsu lantaran dieksploitasi untuk kepentingan kaum dan ruang untuk menonjolkan HEGEMONI CINA?
Jika ikhlas mahu mencapai PERPADUAN NASIONAL, bagaimana Malaysia Baru hanya pejam mata membiarkan dasar pengasingan kaum diteruskan dalam aspek paling penting kita hidup bernegara iaitu PENDIDIKAN?
Bagaimana ketika orang Melayu diingatkan supaya tidak RASIS tetapi semangat perkauman kaum lain yang disuburkan dalam pendidikan vernakular tinggalan kolonial dibiar malah dirai?
Bagaimana ketika banyak lagi Sekolah Kebangsaan sama ada peringkat rendah dan menengah termasuk nun di pedalaman Sabah dan Sarawak memerlukan lebih banyak peruntukan, RATUSAN JUTA RINGGIT dana kerajaan "hangus" disalurkan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dan Sekolah Menengah PERSENDIRIAN Cina yang sudah sedia mewah didanai elit ekonomi kaum mereka?

Subscribe to receive free email updates: