[VIDEO] DEMI ISLAM, MELAYU, NEGARA Pakcik KAYUH BASIKAL Dari Perak Ke #Himpuan812 Di KL kabarmalay3.blogspot.com



Seorang lelaki warga emas gigih mengayuh basikalnya untuk ke ibu negara hari ini bagi menyertai perhimpunan ‘kesyukuran’ meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang akan berlangsung esok.
Menerusi video yang tular, lelaki yang dilihat berusia lingkungan 50an itu termengah-mengah ketika ditanya seorang individu yang turut merakamkan aksinya.
Berdasarkan audio dalam rakaman tersebut, lelaki berbangsa Melayu itu menyatakan beliau datang dari Kampar, Perak dan telah berkelana dengan basikalnya sejak pukul 4 pagi tadi.
Katanya, beliau datang ke Kuala Lumpur bagi mengikuti perhimpunan berkenaan selepas mendapat maklumat mengenainya dari laman sosial.
Beliau turut memberikan nasihatnya kepada golongan muda untuk turut serta dalam perhimpunan yang akan diadakan di Dataran Merdeka dari pukul 2 hingga 6 petang esok.
“Mintak kalau boleh jangan ada alasan. Turun, kerana ini libatkan agama, bangsa dan negara. Ini yang kita bantah.
“Kita nak tentang diorang habis-habisan. Bukan tentang dengan senjata, Insyaallah” katanya.
Lelaki dalam rakaman berdurasi 38 saat itu turut melilit kain merah di kepadanya dengan tertulis perkataan ‘tolak ICERD cintai Islam’.
Bagaimanapun tidak ada maklumat diketahui berhubung nama sebenar lelaki itu serta kayuhannya sama ada secara berkumpulan atau berseorangan. – MalaysiaGazette

Subscribe to receive free email updates: