Transkrip
Pidato Presiden PAS
YB Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Himpunan Bantah ICERD
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdulillah allazi allafabaina qulubina waaslaha tabainana faasbahna ikhwana mutahabin
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang telah menjinakkan hati-hati kita, yang mendamaikan kalangan kita sehingga kita menjadi saudara-saudara yang berkasih sayang.
Solatan wa salaman ala Rasulillah wa ala alihi wasohbihi ajmain
Auzubillahi minassyaitanirrajim
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan bersabarlah kamu dalam perjuangan, jangan melampau walaupun terhadap musuh dan lawan kamu dan bertaqwa kepada Allah supaya kamu mendapat kemenangan dengan pertolongan Allah.
Yang dihormati dan dikasihi pemimpin-pemimpin parti politik sama ada yang terkenal, yang dikenal dan termasuk yanh tak dikenal, semua pemimpin-pemimpin NGO, persatuan-persatuan termasuk persatuan silat gayung yang gagah perkasa, persatuan seni yang lemah lembut, semua yang hadir.
Pertama-tama bagi pihak penganjur kita bersyukur kepada Allah SWT yang telah menyatukan kita dan menunjukkan kehebatan kita sehingga pihak kerajaan membuat keputusan untuk membawa ICERD kepada Parlimen
Kita ucapkan terima kasih tapi masih ada kenyataan-kenyataan yang menunjukkan akan berlakunya bolos, yang tak boleh dihentikan perjuangan kita ini.
Tak ketinggalan kepada pasukan keselamatan yang mengawal himpunan kita pada hari ini. DBKL yang menunjukkan kerjasama dengan sebaik-baiknya. Mereka adalah saudara-saudara kita, sebangsa dengan kita, seumat dengan kita dan serakyat dengan kita.
Ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat yang hadir pada hari ini dengan jumlah yang besar untuk menyahut seruan kami di Parlimen pada hari persidangan Parlimen
Apabila diwar-warkan akan dibawa ICERD ini ke Parlimen oleh Pakatan Harapan, mereka memiliki suara yang banyak di Parlimen. Nanti sekejap, dengar azan -
Dengan mereka mendapat simple majority, bukan two third majority. Majoriti mudah bukan majority 2/3. Mereka berani membawa ICERD. Tahukah rakyat-rakyat yang mengundi Pakatan Harapan, orang Melayu, orang Islam, untuk merungkai kontrak sosial. Merungkai asas-asas Perlembagaan, Islam agama Persekutuan. Sudah diberi kebebasan kepada agama lain. Hak-hak Bumiputra, kaum lain yang susah tak dipinggirkan. Di mana kontrak sosial lebih baik dari ICERD lagi. Kita lebih berbudaya daripada negeri Barat yang lebih menghormati hak-hak binatang daripada hak-hak manusia
Di negara Barat, ada orang tua dijaga oleh anjing. Negeri kita tak ada lagi macam itu. Tapi berani mereka bawa ICERD ini ke Parlimen. Mentang-mentang dapat majoriti mudah. Maka kami ahli Parlimen menyuarakan sekiranya kamu berani bawa perkara ini di Parlimen, kamj akan mengerahkan jutaan rakyat di jalan raya. Kerana himpunan jalan raya juga adalah demokrasi. Demokrasi aman, damai
Kita umat Islam menempa sejarah, orang Melayu yanh awal-awal datang ke sini, agama Hindu, agama Buddha, penduduk Nusantara. Datang Islam mengajar kita secara damai. Islam datang ke sini dengan damai, dengan peniaga-peniaga mengajar kita dengan berakhlak yang mulia. Walaupun Islam mengajar kita dengan akhlak yang mulia, Islam mengajar kita untuk menjadi bangsa yang berjati diri, bangsa yang punya kehebatan, yang tak boleh tunduk kepada kehinaan.
Bila datang penjajah mengacau negeri kita 1511, Portugis menakluk Melaka. Nabi kita SAW bersabda
La tatamannau liqa an adu, faiza laqi tumuhum fasbutuh
Jangan kamu bercita-cita mencari musuh tetapi kalau musuh datang kami mesti teguh, kuat menentang musuh itu. Siapakah yang menentang Portugis 1511? Umat Islam datang berduyun-duyun penduduk Nusantara, Kaum Bugis, kaum Jawa, kaum Banjar, kaum Acheh, kaum Minang, kaun Rawa, petani. Yang hadir ini bermacam-macam kaum-kaum ini. Mereka datang, mereka anak cucu mereka yang datang mempertahankan Melaka menentang Portugis di masa itu.
Tahukah umat Islam ini tidak takut kepada meriam-meriam penjajah, senapang penjajah. Mereka menghadapi musuh itu dengan keris panjang sejengkal, dengan runcing panjang sejengkal, dengan keris panjang sehasta, pedang panjang sedepa, mereka tidak tunduk kepada penjajah, bertahun-tahun, berkurun-kurun menghasilkan pahlawan yang gugur, yang syahid
Di Pasir Salak, Dato Maharajalela, Dato Sago potong orang asli. Orang asli potong ini. Di Melaka Dol Said, Yamtuan Antah Negeri Sembilan, Datuk Bahaman, Datuk Gajah. Di Sabah dan Sarawak, orang-orang Islam di Sabah dan Sarawak termasuk kaum Iban, termasuk kaum Dusun di Sabah dan Sarawak menentang penjajah. Tidak ada makhluk asing yang menentang penjajah di masa itu
Kami yang menentang penjajah sehingga akhir perang Dunia yang ke-2, penjajah terpaksa memberi kemerdekaan dan berlakulah perundingan. Munculnya pahlawan-pahlawan di kalangan bangsa kita, daripada parti politik, PAS, Umno, PBB dan lain-lain lagi bergabung termasuk MCA, MIC. Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Burhanuddin Helmi, Tun Dr Ismail, Tun Rahman Yaakub, Tun Mustafa, Stephen Kalong Ningkan, Tan Chee Loke kita tak nafi, (Tun B. T) Sambathan kita tak nafi
Kita menyedari kaum-kaum pendatang dibawa oleh penjajah untuk menjadi kuli dan hamba-hamba mereka di sini. Mereka menerima nasib menjadi kuli di sini, dibawa oleh penjajah
Sikap murni yanh dimiliki oleh orang Islam, sifat kemanusiaan yang ada dalam hati orang Islam menerima siapa yang datang ke sini di atas sifat kemanusiaan
Sedarkah bagaimana keluarga kecil, India, Cina boleh hidup di kampung Melayu Melayu Kelantan, Kampung Melayu Kedah, Kampung Melayu Pahang, Terengganu, boleh hidup, dilayan dengan baik.
Datang parti politik ini menunjuk belangnya. Hari ini saudara-saudara menunjukkan semangat yang tinggi dan mulia. Mudah-mudahan diberi kelebihan 'ribat', kelebihan berada dalam perjuangan, fadilat oleh Allah SWT, keikhlasan akan dapat memberi kemenangan kepada kita InsyaAllah
Namun di sana alhamdulillah, kebangkitan rakyat hari ini sungguh hebat. Sungguh hebat dan sungguh keramat. Terdapat kalangan yang dulunya menyokong ICERD buat u-turn. Mereka buay u-turn, pusing ke belakang, bersama dengan kita alhamdulillah, itu satu langkah yang sangat baik.
Kepada mereka saya hadiahkan pantun, ada pantun
Sila beli kapur barus,
Sila jemput silalah kaut,
Jangan berani melawan arus,
Kelak tenggelam di dasar laut.
Dari Pelangai pergi ke Merapoh,
Kerana mahu beli buahnya,
Lampu merah jangan dirempuh,
Kalau dirempuh besar padahnya.
Dari Serdang ke Pasir Salak,
Datang menangguk udang galahnya,
Sarang tebuan jangan dijolok,
Kalau dijolok parah padahnya.
Semangat yang tinggi. Cukup sekadar itu. Mudah-mudahan diberkati semua.
Takbir, takbir, takbir
Merdeka, merdeka, merdeka
-------------------
Pentranskrip: Fuad Ahmad
Gambar: Credit to @MediaPresidenPAS
Admin: Sila ambil maklum: komen copy and paste yang panjang akan dipadamkan (delete). Sila berhujah dengan matang dan professional. DILARANG menggunakan kata-kata kesat.