TMJ: ANDA adalah Kerajaan, Henti berkempen, pilihan raya sudah berakhir kabarmalay3.blogspot.com


JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini mengingatkan kerajaan untuk berhenti berkempen politik dan memberi tumpuan kepada pembangunan bangsa di negara ini.
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman Twitter rasminya, Tunku Ismail berkata ini adalah masa kerajaan berusaha melaksanakan dan menyampaikan apa yang dijanjikan kepada rakyat.
“Hari ini kamu adalah kerajaan. Berhenti berkempen, pilihan raya sudah berakhir. Ini adalah masa untuk melaksana dan menyampaikan!
“Jangan alih perhatian ke tempat lain. Cuba gunakan isu lain memperdaya (rakyat). Tumpu kepada pembangunan bangsa,” katanya.
Kenyataan dimuat naik pada jam 6.38 petang itu turut menerima pelbagai reaksi positif yang menyokong dan menyambut baik teguran Tunku Ismail. #CelahGelegar 

Subscribe to receive free email updates: