Semua masuk PH, siapa jd pembangkang? Ini jawapannya kabarmalay3.blogspot.com

Sama seperti kenyataan DAP, Pengerusi MCA hari ini juga mempersoalkan perkembangan segelintir pihak yang “melompat” ke parti kerajaan sebagai sesuatu yang membimbangkan.
Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, jika semua yang kini berada di pihak pembangkang bertindak menyertai kerajaan, maka siapakah yang akan memainkan peranan pembangkang?
“Siapakah yang akan menjadi suara rakyat di Parlimen dan di luar untuk memikul tanggungjawab memeriksa tindak-tanduk kerajaan?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Wee, demokrasi berkembang sekiranya wujud sistem 2 parti yang memainkan peranan semak dan imbang.
Seorang follower CelahGelegar meninggalkan percaturan di ruangan komen. 
Beliau berpandangan percaturan Tun Mahathir akhir-akhir ini semakin terserlah arah tuju parti yang akan memerintah dan parti yang akan menjadi pembangkang pada masa hadapan.
Bagaimanapun langkah-langkah dan strategi terperinci yang akan diambil oleh Tun Mahathir masih sukar diramal. 
Namun, akhirnya parti-parti yang akan MEMERINTAH dan PEMBANGKANG adalah gabungan berikut:
PAKATAN 1 (MEMERINTAH)
PPBM
+ bekas pemimpin UMNO (dipimpin Mat Hassan) 
+ Warisan 
+ bekas pemimpin PKR (dipimpin Azmin Ali) 
+ PAS
+ MIC 
+ 1 parti mewakili kaum Cina yang baharu ditubuhkan
PAKATAN 2 (PEMBANGKANG)
PKR (dipimpin Anwar) 
+ DAP
+ UMNO (dipimpin Zahid, Nazri) 
+ MCA
+ Hindraf (wakil kaum India)
+ PAN
Telahan ini hanya lah teori semata-mata melainkan setelah ia benar-benar berlaku

Subscribe to receive free email updates: