Jika Melayu Islam bersatu |
PILIHANRAYA TEMPATAN: CARA HALUS DAP UNTUK MENGHAPUSKAN KUASA MELAYU
1. Tun Mahathir menegaskan Pilihanraya Tempatan tidak akan dilaksanakan, walaupun menerima tekanan hebat, terutamanya dari DAP.
2. Kali terakhir Pilihanraya Tempatan dilakukan adalah pada 1964, dan kerajaan menghapuskannya sejak itu.
3. Apa maksudnya dan ancamannya dari Pilihanraya Tempatan ini, sampaikan DAP tergila-gila mahukannya?
4. Pilihanraya Tempatan diadakan bertujuan untuk memilih wakil kerajaan tempatan. Umpama Datuk Bandar, Yang diPertua Majlis dan Ahli Majlis.
Jika Melayu Islam bersatu |
6. Tapi, bila Pilihanraya Tempatan dilaksana, orang Cina boleh memilih pemimpin Cina untuk mengetuai bandar-bandar besar.
7. Sedia maklum, kaum Cina adalah majoriti di bandar besar. Dengan mudah mereka boleh memilih pemimpin kaum mereka untuk menguasai bandar-bandar besar ini.
8. Bayangkan jika Datuk Bandar dan pemimpin setempat Kuala Lumpur semuanya Cina. Mereka ini akan mempunyai banyak kuasa untuk menindas dan mendiskriminasi perniagaan dan masyarakat Melayu keluar dari ibu kota.
9. Sudah tentu polisi mereka nanti hanya akan menguntungkan kaum mereka sahaja, dan kerajaan Persekutuan tidak boleh mencampuri urusan mereka. Maka, bandar-bandar besar akan dikuasai oleh golongan Cina yang kaya sahaja.
Jikalau Melayu Islam bersatu |
10. Kerajaan Tempatan mempunyai kuasa terhadap cukai dan undang-undang kecil.
11. Sebab inilah DAP sangat mahukan Pilihanraya Tempatan. Ianya untuk mereka menguasai sepenuhnya bandar besar dan sekaligus mengawal ekonomi negara.
12. Setelah episod ICERD mula lega dengan kemenangan bagi orang Melayu. Kini, DAP masih belum berputus asa untuk menguasai negara dengan apa cara sekalipun.
13. Oleh itu, orang Melayu harus berhati-hati. Perjuangan belum selesai.
- NEGARA INSIDER