[RAKYAT TERSIKSA] Najib: kini Giliran Harga Air NAIK kabarmalay3.blogspot.com

Selepas PRU14, kadar elektrik dinaikkan dan telah diumumkan bakal naik lagi pada Mac depan.

Harga minyak juga bakal naik (berdikit-dikit seperti yang Menteri cakap) apabila RON95 diapung semula pada April nanti.

Kini giliran harga air.


Semalam, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Xavier Jayakumar umumkan harga air akan naik di semua negeri di Malaysia dengan alasan :

“Ada negeri yang sudah 30 tahun, 20 tahun tiada kenaikan tarif air,”

Dia juga memberi berita baik bahawa kenaikan tarif air akan dilakukan pada kadar munasabah. Berdikit-dikitlah itu.

Katanya, kenaikan berkenaan tidak akan mencapai sehingga 100 atau 200 peratus.

Tak apalah. Kenaikan 50% hingga 100% masih akan diterima oleh penyokong PH.

Kadar air di Selangor sudah dibincang dan akan dilaksanakan pada tahun depan.

Polisi "air percuma" untuk rakyat secara rasminya tidak akan wujud lagi pada tahun depan. (setelah berjaya memerintah Kerajaan Pusat)

Pada bulan Jun, saya pernah beri amaran bahawa harga air di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur bakal naik apabila kerajaan PH meluluskan pinjaman kepada kerajaan Selangor untuk membeli syarikat air swasta SPLASH dengan harga RM2.55 bilion - iaitu harga 10 kali ganda lebih tinggi berbanding harga ditawarkan oleh bekas MB Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mereka buat keputusan ini sebaik sahaja mereka menang PRU14.

Bulan lepas, MB Selangor baru menafikan pembelian SPLASH adalah punca harga air akan naik dengan alasan pembelian SPLASH tidak menggunakan dana awam.

Baca sendiri: Penjajaran air percuma tiada kaitan ambil alih Splash

Pada masa itu, saya tanya MB jika bukan guna dana awan, guna dana siapa?

MB Selangor tidak jawab.

Tetapi Menteri Air pula mengesahkan pembelian SPLASH ialah punca utama harga air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan naik.

“Apabila ambil alih SPLASH, kena bayar hutang kerana pinjaman besar berbilion ringgit."

“Sebab itu, jika tidak naikkan tarif air, tidak akan dapat bayar balik,” kata Menteri Air.

Lencun lagi. Tetapi bukan dari paip.

Saya jangka penjualan tuala Good Morning akan meningkat lagi.


Oleh : Najib Razak  #CelahGelegar

Subscribe to receive free email updates: