Pesanan TS Apandi Ali Kepada Semua Peserta Himpunan 812 kabarmalay3.blogspot.com


KUALA Lumpur – Mantan Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali, menerusi pejabat peguamnya dalam sokongan padunya kepada Himpunan 812, menurunkan beberapa Garis Panduan Awalan berikut untuk dipatuhi oleh semua peserta himpunan. 

Berikut perkara yang perlu dilakukan oleh para peserta : 

LAKUKAN SILA maklumkan seseorang bahawa anda menyertai perhimpunan 

SILA bawa pen dan buku nota – Untuk mencatat nama polis dan nombor IDnya dan soalan-soalan yang ditanyakan oleh pihak Polis sekiranya ditahan SILA bawa pengenalan diri (Kad Pengenalan/Lesen Memandu) dengan anda setiap masa 

SILA pakai topi dan kasut yang selesa 

SILA gunakan pengangkutan awam – Jalan-jalan ke tempat perhimpunan berkemungkinan telah tutup SILA ikut arahan pihak penganjur 

SILA berhimpun dalam keadaan tenang 

SILA berkelakuan sivik dan berdisiplin 

SILA bergerak di dalam kumpulan 

SILA abaikan sebarang ejekan dan/atau gangguan daripada orang awam 

SILA berkelakuan sopan sepanjang masa 

SILA ajukan sebarang persoalan media kepada jurucakap. Ingat, tidak ada apa-apa yang “off the record” 

SILA laporkan sebarang perbalahan, tingkah laku yang tidak teratur atau orang yang menyimpang dari undang-undang kepada Pihak Berkuasa 

SILA kekal tenang sekiranya apa-apa perbalahan atau lain-lain gangguan berlaku 

SILA beredar dari kawasan perhimpunan segera setelah tamat perhimpunan 

JANGAN JANGAN membawa pisau ataupun apa-apa objek yang boleh dianggap sebagai senjata 

JANGAN menakutkan, mengancam atau menghina sesiapa 

JANGAN menggunakan penghinaan perkauman 

JANGAN membuat gangguan awam 

JANGAN terlibat dalam pertengkaran ataupun dilihat sebagai ancaman terhadap orang awam 

JANGAN membuang sampah sekitar tapak perhimpunan 

JANGAN mencacatkan ataupun memusnahkan harta benda peribadi ataupun awam 

Beliau juga berpesan supaya semua peserta memastikan mereka mengetahui hak undang-undang mereka dan boleh merujuk kepada pihak Polis dan Hak-Hak Asasi peserta daripada Badan Peguam Malaysia. 

Untuk makluman, Tan Sri Apandi Ali melalui pejabat peguamnya, Apandi Ali & Co, akan menyediakan khidmat bantuan guaman kepada peserta-peserta himpunan nanti. Mantan Peguam Negara tersebut menegaskan khidmat tersebut dijalankan atas nama perjuangan Agama, Bangsa dan Tanahair.

Read more at: https://ift.tt/2PlKXOT

Subscribe to receive free email updates: