Mukhriz Bimbang #PHKerajaanSepenggal jadi kenyataan kabarmalay3.blogspot.com


PORT DICKSON – Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir mengingatkan Pakatan Harapan supaya turun padang mendekati rakyat agar tidak menjadi kerajaan yang berkuasa untuk satu penggal sahaja.
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, ketika ini beliau melihat parti pembangkang mengambil alih peranan memperjuangkan isu rakyat yang sebelum ini dilakukan oleh parti-parti dalam pakatan itu.
Kalau rakyat boleh ubah kerajaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) mereka juga boleh ubah sekali lagi dalam PRU-15.
Saya lihat ketika ini sudah ada #PHKerajaanSepenggal. Saya bimbang kalau tidak lakukan sesuatu, kita mesti elak hanya jadi kerajaan sepenggal,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Bersatu Negeri Sembilan di sini hari ini.
Mukhriz berkata, Pakatan Harapan perlu kembali dengan kaedah dan cara kerja sebelum ini yang mengutamakan rakyat di peringkat akar umbi.
“Saya sarankan supaya balik kepada cara lama, turun ke akar umbi beri penerangan kerana kuasa ada dalam tangan rakyat. Kita kena bergerak seperti pertubuhan bukan kerajaan.
“Kita juga perlu sedar bahawa perang sebenar hari ini menggunakan WhatsApp dan media sosial dan mesti memanfaatkan kemudahan itu,” katanya. – UTUSAN

Subscribe to receive free email updates: