Perkara itu diumumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin di IJN.
Muhammad Adib dipindahkan ke IJN selepas mengalami kecederaan parah akibat diserang susulan insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman pada 27 Nov lalu.
Difahamkan, jenazah Muhammad Adib akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah malam ini.
Pada Ahad, IJN melalui satu kenyataan memaklumkan kesihatan Muhammad Adib kembali merosot dengan fungsi paru-parunya yang menurun tahapnya.
BACA: Kesihatan Muhammad Adib semakin merosot - IJN
BACA: 'Semoga kamu kuat... Orang tunggu kamu' - Tunang Muhammad Adib