15 September 2008, Anwar mengumumkan pihaknya sudah ada cukup anggota untuk mengambil alih kerajaan persekutuan dan mahu menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi tujuan peralihan kerajaan secara lancar dan aman.
Abdullah Badwi telah menolak permintaan itu dan satu lagi permintaan Pakatan Rakyat, yang mahu Parlimen mengadakan sidang khas pada 23 September 2008. Pak Lah menyatakan itu hanya 'drama' Anwar dan mencabar Anwar dedahkan nama Ahli Parlimen BN yang akan melompat ke Pakatan Rakyat. Tetapi Anwar gagal menamakannya hingga ke hari ini 14 Disember 2018.
3 April 2009, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dengan rasminya menjadi perdana menteri Malaysia keenam apabila istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah setia serta menyimpan rahsia sempurna dilangsungkan di Istana Negara, 10.10 pagi.
Najib menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pelan peralihan kuasa Umno dan negara susulan ketewasan mengejut dan terburuk dalam sejarah BN pada pilihanraya umum ke - 12.
18 Ogos 2014, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dalam blognya menulis bahawa beliau terpaksa menarik balik sokongan dan terpaksa mengkritik kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak kerana dilihat dasar dan tindakan Najib tidak berkesan daripada penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi.
11 February 2015, mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kesalahan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, hampir tujuh tahun sebelumnya.
Keputusan muktamad itu dicapai secara sebulat suara oleh panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mengekalkan sabitan salah dan hukuman penjara lima tahun terhadapnya.
Dengan keputusan itu, Anwar, 67 (pada 2015), yang merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh hilang kelayakan sebagai wakil rakyat seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan. Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu diperintah menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh bermula 11 February 2015.
Ogos 2015, isu wang berbilion-bilion mengalir ke akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Razak. Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) percaya wang itu diselewengkan dari 1MDB tetapi Najib mendakwa ia merupakan derma.
Bekas perdana menteri itu mendakwa beliau menggunakan sebahagian wang itu untuk pilihan raya umum ke-13.
8 September 2016, Parti Pribumi Bersatu didaftarkan selepas pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato' Seri Paduka Mukhriz Mahathir serta penggantungan Dato' Seri Mohd Shafie Apdal daripada UMNO pada 24 Jun 2016.
14 Mac 2017, Pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebulat suara bersetuju untuk membentuk gabungan rasmi dengan Pakatan Harapan (PH).
7 January 2018, Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad diumumkan sebagai calon Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Tun Mahathir diberi masa selama 2 tahun menjadi Perdana Menteri dan selepas itu akan diserahkan kepada Anwar Ibrahim.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula dinamakan sebagai calon Timbalan Perdana Menteri.
9 Mei 2018, PRU14 telah dijalankan dan Pakatan Harapan berjaya menumbangkan BN. Kemudiannya Tun Mahathir dilantik sebagai PM dan Wan Azizah sebagai TPM
Pakatan Harapan (PH) berjaya memecahkan monopoli Barisan Nasional (BN) selama 60 tahun apabila memenangi 113 daripada 222 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Pakatan memenangi 104 kerusi Parlimen manakala DAP meraih 9 kerusi di Sabah dan Sarawak.
Pakatan memenangi 104 kerusi Parlimen manakala DAP meraih 9 kerusi di Sabah dan Sarawak.
PKR memenangi 47 kerusi, DAP (42), BERSATU (13), AMANAH (11) dan WARISAN (8)
16 Mei 2018, Anwar dapat pengampunan penuh tanpa syarat
12 September 2018, Datuk Seri Anwar Ibrahim sah bertanding di kerusi Parlimen P132 Port Dickson sebagai salah satu langkah pelan peralihan kuasa ke atas beliau untuk menjadi perdana menteri seterusnya.
Penyandang kerusi berkenaan Laksamana Pertama (B) Datuk Danyal Balagopal Abdullah berkata beliau telah menghantar notis pengosongan kerusi berkenaan kepada Speaker Dewan Rakyat pada 12 September 2018.
13 Oktober 2018, Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson dengan majoriti 23,560 undi.
27 Oktober 2018, bekas Menteri BN dan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Mustapa Mohamed buat keputusan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
27 Oktober 2018, Kira-kira 40 anggota Parlimen dari UMNO dikatakan berkemungkinan akan meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Anggota Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk A. Kadir Jasin berkata kesemua mereka dikatakan berpotensi berbuat demikian kerana sudah beberapa kali berjumpa dengan Pengerusi Bersatu,Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyididn Yassin serta para kepimpinan tertinggi parti itu sama ada secara perseorangan atau berkumpulan
Anggota Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk A. Kadir Jasin berkata kesemua mereka dikatakan berpotensi berbuat demikian kerana sudah beberapa kali berjumpa dengan Pengerusi Bersatu,Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyididn Yassin serta para kepimpinan tertinggi parti itu sama ada secara perseorangan atau berkumpulan
12 Disember 2018, Umno Sabah lumpuh, 13 wakil rakyat, pemimpin kanan keluar parti dan dijangka akan sertai Bersatu atau Warisan.
13 Disember 2018, bekas Ketua Puteri UMNO yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
13 DISEMBER 2018, DAP dan Anwar mula menyerang Tun Mahathir kerana membawa masuk bekas pemimpin Umno ke dalam PH.
Jika trend kemasukan pemimpin Umno ke dalam Bersatu secara berterusan, Anwar mungkin akan menjadi BAKAL PERDANA MENTERI selama-lamanya. Itu akan mencatat sejarah dunia Anwar Ibrahim sebagai BAKAL PERDANA MENTERI PALING LAMA DI DUNIA yang kekal hanya menjadi "BAKAL"