Kisah Nazri Aziz, manusia Ular Kepala Tujuh kabarmalay3.blogspot.com


Dulu Nazri Aziz bukan saja kata Tun Mahathir baling gelas pun tak pecah, malah juga dikatanya Pengerusi PH itu sudah tua nyanyuk.

Jika sesiapa rajin, boleh saja "google" untuk mengetahui deretan serangan, cemuhan dan kejian yang pernah dibuat oleh Nazri terhadap Tun Mahathir.


Tapi belum 100 hari PH perintah dan dia kehilangan jawatan menterinya, beliau sudah pun menyatakan sokongan terbukanya kepada Tun Mahathir.

“Saya 28 tahun sebagai ahli politik kerajaan, kalau selepas 28 tahun nak menentang kerajaan, susahlah,” katanya.

Kahkahkah....

Bila Tun Mahathir tidak layan Ular ini, dia beralih kepada Anwar pula.

Baru-baru cuba buat Pakatan ANWAR-DAP-UMNO tetapi ditolak oleh akar umbi. Ketika umat Melayu Islam bangkit melawan kejahatan DAP, idea ini seperti meminta rakyat menoreh ketika Hujan. 


Idea Pakatan ANWAR-DAP-UMNO yang diuruskan oleh Nazri Aziz dikatakan merupakan idea Zahid Hamidi.

Setelah idea ini gagal dan pemimpin Umno keluar parti serta akar umbi Umno mendesak Zahid Hamidi meletakkan jawatan, maka hari ini mereka cuba berpaling tadah mahu kekal bersama perpaduan ummah. Mereka mahu kekal bersama Pas.

Boleh kah kita percaya pada mereka atau percaya pada Tun Mahathir atau kedua-duanya tak boleh dipercayai?

Atau kita pilih bersama parti yang jujur dan berintegriti iaitu PAS sahaja? 

Subscribe to receive free email updates: