KECOH CIMBClicks diserang, ini penjelasan CIMB kabarmalay3.blogspot.com

KUALA LUMPUR: CIMB Bank Bhd (CIMB) menegaskan sistem portal perbankan dalam taliannya, CIMBClicks, kekal selamat dan terjamin serta semua transaksi pelanggan terus dilindungi.
Ia susulan beberapa dakwaan yang tular di media sosial mengatakan sistem portal perbankan itu sebagai tidak selamat.
Ada pengguna mendakwa akaun mereka boleh diakses walaupun tanpa memasukkan kata laluan yang betul.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pagi ini, CIMB berkata pada hujung minggu lalu, pihaknya mengambil langkah memperkenalkan beberapa langkah tambahan untuk meningkatkan keselamatan transaksi CIMBClicks.
“Selain daripada memastikan sistem kami kini boleh menerima kata laluan lebih panjang daripada lapan aksara sehingga 20 aksara, kami turut menambah langkah keselamatan reCaptcha ke atas CIMBClicks bagi memastikan pengguna itu bukanlah robot laman web,” katanya di sini.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian +60 3 6204 7788. - BH  #CelahGelegar

Subscribe to receive free email updates: