(INSAF? ) Memang ramai jadi mangsa atas tindakan kita: Tun M kabarmalay3.blogspot.com



KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melihat semula kedudukan sejumlah kakitangan awam yang kehilangan pekerjaan ekoran penutupan agensi kerajaan.

Memang ramai jadi mangsa atas tindakan kita, kita akan ambil perhatian sebab mereka tak terlibat dalam politik tapi hanya menjadi kakitangan kerajaan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Petaling Jaya dekat sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata, pihaknya akan mengumpul data-data mengenai mereka yang terlibat bagi tindakan lanjut.

Beliau turut mengakui kerajaan dikecam hebat ekoran langkah menutup agensi kerajaan berkenaan yang menjejaskan mata pencarian kakitangan terlibat.

Bagaimanapun, menurutnya, tindakan menutup agensi itu terpaksa dilakukan kerana ia telah disalah guna kerajaan terdahulu bagi tujuan politik, selain kerajaan ketika ini tidak mempunyai dana untuk mengekalkan agensi tersebut.

“Kita tidak ada wang dan tidak curi wang, jadi hanya bergantung pada pendapatan kerajaan, jadi tak cukup untuk membiayai apa yang dibuat kerajaan lepas,” katanya.

Pada 23 Mei lalu, Dr Mahathir mengumumkan pembubaran beberapa agensi seperti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Majlis Profesor Negara (MPN) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP). - Bernama

Subscribe to receive free email updates: