#HimpunanBantahICERD: Pengundi muda yang undi PH, sila kembali ke pangkal jalan kabarmalay3.blogspot.com

KUALA LUMPUR: Himpunan 812 sebagai tanda kesyukuran keputusan kerajaan untuk tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) diakhiri dengan doa agar kerajaan Pakatan Harapan 'pendek umur'.

Ahli Parlimen Pasir Puteh Datuk Dr Nik Mohamad Zawawi Nik Salleh menutup perhimpunan tersebut pada jam 5 petang.


Dalam doanya, beliau turut menyeru pengundi muda yang memberi undi kepada PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu supaya 'kembali ke pangkal jalan'.

"Ya Allah, pendekkanlah umur kerajaan Pakatan Harapan ini, ya Allah. Jadikanlah anak-anak muda yang memberi undi kepada PH supaya mereka kembali ke pangkal jalan.

"Jadikan mereka juga yang akan menjatuhkan kerajaan yang mereka pilih (semasa PRU lalu)," katanya.

Himpunan 812 yang berlangsung sejak jam 2 petang berakhir pada jam 5 petang, sejam awal daripada waktu yang ditetapkan disebabkan keadaan cuaca.












Subscribe to receive free email updates: