TAHNIAH WIRA MAROON!
Seramai 2,000 anggota keselamatan Jabatan Amal PAS dari pelbagai unit ditugaskan pada himpunan ICERD yang berlangsung di Dataran Merdeka semalam.
Menurut Harakah, Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Mohd Nazree Mohd Aris berkata, 400 anggota akan ditugaskan di bahagian trafik, 190 anggota ditugaskan di bahagian medik dan selebihnya akan beroperasi sebagai tugas-tugas am mengawal keselamatan dan menghalang sebarang ancaman provokasi.
Maklum Nazree, pihaknya berbesar hati atas kepercayaan yang diberikan oleh pihak polis membenarkan Amal mengepalai badan-badan keselamatan NGO-NGO lain yang turut sama bekerjasama mengawal keselamatan sepanjang himpunan berlangsung.
Ujarnya hanya Amal sahaja yang diberi kuasa oleh pihak polis untuk menghalang provokasi awal dan membantu polis menahan mereka yang mencetuskan provokasi selanjutnya diserahkan kepada polis.
Katanya, uniform Amal yang dipakai pada himpunan nanti punyai identiti khas yang hanya akan dikenali polis.
Ini adalah kali kedua Jabatan Amal Malaysia mendapat permit oleh pihak polis dan DBKL sebagai anggota sokongan kepada pihak berkuasa.
Salute!