Gubal akta khas pelihara agama Islam, Raja Melayu kabarmalay3.blogspot.com

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) – Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mencadangkan agar satu akta khas iaitu Akta Menghina Islam dan Raja-Raja Melayu atau nama singkatannya Akta ‘Amir’ harus digubal bagi menghalang tindakan atau usaha menggugat keamanan dan keharmonian negara.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata penggubalan perundangan itu boleh dilaksanakan menerusi titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

“Akta baharu cadangan Perkasa ini sama seperti dilaksanakan di Thailand sekarang. Perkasa mencadangkan agar akta itu mempunyai dua bahagian, bahagian pertama memperuntukkan tahanan tanpa bicara dan bahagian kedua adalah pendakwaan secara terbuka di mahkamah sebagai kesalahan jenayah.

Subscribe to receive free email updates: