KOTA KINABALU: Hari ini Umno Sabah menyaksikan kepimpinannya bertindak keluar parti beramai-ramai apabila sembilan daripada 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno Sabah meninggalkan Umno.
Lima daripada enam ahli Parlimen dan dua senator juga merupakan antara yang keluar dari Umno pada Rabu.
Sementara itu, timbalan presiden PBRS dan Anggota Parlimen Pensiangan, Arthur Joseph Kurup juga mengumumkan peletakan jawatan dalam BN pada hari ini.
Bekas pemimpin UMNO ini akan menyertai PPBM atau Parti WARISAN atau lain-lain komponen Pakatan Harapan.
PEMIMPIN UMNO RASUAH - TUN MAHATHIR
Pada September 2018 lalu pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi peringatan tidak mustahil untuk mereka ditimpa nasib seperti Umno jika mengikut amalan pemimpin parti itu yang didakwanya mengkayakan diri sendiri.
"(Perkara) yang merosakkan Umno ialah rasuah dan lain-lain perkara. Kalau kita juga menjadi parti yang dikuasai perasaan tamak, maka kita tahu kita akan ditolak rakyat.
"Usia kita bergantung kepada betapa jujurnya kita dalam usaha melawan rasuah. Kalau (BERSATU) buat benda baik (apabila saya sudah tiada nanti), saya rasa (BERSATU) akan kekal.
"Kalau terpengaruh dengan budaya Umno yang berjuang untuk diri sendiri, 'apa yang aku dapat', mereka tak akan lama; BERSATU akan ikut jejak Umno ditolak rakyat," katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini dan Sinar Harian di Yayasan Kepimpinan Perdana.
BANGGAKAH PH TERIMA BEKAS PEMIMPIN UMNO RASUAH? ORGANISASI UMNO KAH YANG RASUAH ATAU PEMIMPIN UMNO?
Seorang Pensyarah Universiti Awam menyatakan INTEGRITI adalah suatu nilai murni atau kualiti unggul yang wujud dalam diri setiap individu. Seseorang yang berintegriti menjadikan beliau insan jujur dan amanah dalam setiap tingkah laku dan perbuatannya.
Integriti seseorang anggota dalam sesebuah badan atau organisasi pula akan menentukan keutuhan sesebuah organisasi tersebut.
Jadi isu rasuah yang berlaku dalam organisasi UMNO semasa parti itu berkuasa dahulu, adakah berpunca daripada individu atau pemimpin UMNO atau organisasi?
Jika individu atau pemimpin UMNO yang mengamalkan rasuah sebelum ini, adakah dengan memindahkan pemimpin rasuah itu ke dalam Pakatan Harapan akan menjadikan individu atau pemimpin itu bersih dan suci?
Fikir-fikirkan ....
Adakah Pakatan Harapan berbangga menerima pemimpin rasuah itu?
atau Adakah semasa Pakatan Harapan menjadi pembangkang semua fitnah menjadi halal? Adakah menuduh semua pemimpin UMNO pemakan rasuah itu dibenarkan?
Adakah rule of law yang menjadi pegangan Tun Mahahtir menyatakan bahawa sesiapa pun tidak boleh dikatakan bersalah selagi tidak dibukti bersalah atau tidak diputuskan bersalah di Mahkamah?
atau Adakah semasa Pakatan Harapan menjadi pembangkang semua fitnah menjadi halal? Adakah menuduh semua pemimpin UMNO pemakan rasuah itu dibenarkan?
Adakah rule of law yang menjadi pegangan Tun Mahahtir menyatakan bahawa sesiapa pun tidak boleh dikatakan bersalah selagi tidak dibukti bersalah atau tidak diputuskan bersalah di Mahkamah?