MASIHKAH KAU INGAT, HANYA BEBERAPA HARI PH MENANG, MEREKA TERUS SAKITI HATI KITA.
KETIKA ITU TERASA SANGAT DAYUS KITA INI.
NAMUN, BILA MELAYU DAN PRIBUMI MAKIN BERSATU SEHINGGA SANGGUP MENGUKIR SEJARAH HIMPUNAN TERBESAR ABAD INI, MAKA MELAYU MULA BERMARUAH KEMBALI.
KEHEBATAN DAN KEBERANIAN NENEK MOYANG KITA MELAWAN PENJAJAH MENJADI SAKSI MELAYU BUKAN PENGECUT, DAYUS DAN LEMAH.
SEBALIKNYA MELAYU ITU GAGAH, BERANI DAN HEBAT
KUALA LUMPUR 28 Mei 2018 - Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) menuntut kerajaan Pakatan Harapan menyediakan lebih banyak peluang kepada kaum India berpendapatan rendah untuk memperbaiki taraf hidup mereka, termasuk dengan pemberian tanah rancangan seperti Felda serta peluang pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Ketuanya, P. Uthayakumar mendakwa, langkah itu penting kerana sepanjang lebih 60 tahun negara ditadbir Barisan Nasional (BN), kerajaan sebelum ini gagal membangunkan kaum India yang ketinggalan berbanding kaum lain.
“UMNO mengamalkan politik dan polisi perkauman selain orang Cina yang menguasai sektor swasta menyebabkan kaum India berpendapatan rendah tersisih daripada pembangunan ekonomi negara.
“Kami mahu bergerak ke hadapan dan membantu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengatasi masalah kemiskinan dalam kaum India,” katanya ketika ditemui semasa menyerahkan memorandum tuntutan itu kepada Sekretariat Majlis Penasihat Kerajaan, Zawiyah Mohd. Yusof di Menara Ilham, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE