Anwar bawa Usul untuk bahas KENAPA KERAJAAN TIDAK ratifikasi ICERD kabarmalay3.blogspot.com


KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) — Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) hari ini telah membawa usul untuk membahaskan kewajaran kerajaan tidak meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Dewan Rakyat. 

Walau bagaimanapun, usul tersebut telah ditolak oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof. 


Mohamad Ariff menjelaskan bahawa penolakan itu dibuat berdasarkan Peraturan Mesyuarat 18 di bawah Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, bagaimanapun, membenarkan kandungannya dibacakan di Dewan Rakyat selepas Sesi Soal Jawab Lisan, hari ini.

“Seperti kita semua sedia maklum ada tiga keperluan yang perlu dipenuhi jadi setelah menimbang keadaan sekeliling dan respons pihak-pihak tertentu saya tak anggap perkara ini sebagai satu perkara perlu disegerakan dalam konteks semasa,” katanya sebaik selesai kandungan usul dibaca Anwar. 



Anwar ketika membaca kandungan usul itu menegaskan bahawa isu ini telah menimbulkan keresahan rakyat, justeru ia tidak boleh diketepikan semata-mata kerana kerajaan telah membuat keputusan.

“Saya tegaskan di sini, ada seolah-olah juxtaposition of idea, ada katakan penolakan ICERD seolah-olah kita halalkan diskriminasi, sebab itu para pertama usul saya ini menegaskan, kita sebagai negara, menjadikan keadilan sebagai tonggak, menolak sebarang bentuk diskriminasi dalam negara,” katanya. 
Tegas Anwar, Malaysia adalah berbeza dengan negara-negara yang telah meratifikasikan ICERD seperti Afrika Selatan dan Arab Saudi, dengan Perlembagaan Persekutuan sudah cukup untuk menjamin negara ini tertegak atas prinsip negara yang menolak diskriminasi.

“Malaysia tidak harus apologetik…(Namun) kita harus juga pandang positif tindakan negara-negara yang ratify ICERD kerana pertimbangan mereka adalah disebabkan kezaliman yang menimpa mereka.
“Di Malaysia kita juga harus tegaskan bahawa semangat ICERD itu kita tidak tolak, tetapi selagi belum ada penjelasan muktamad tentang penafsiran yang mungkin menjejas prinsip yang telah dimuafakati dalam Perlembagaan, maka itulah kita hormati kebijaksaan Kabinet dan Perdana Menteri untuk tolak ratifikasi ICERD,” katanya. 
Bagi pihak Pakatan Harapan, tegasnya perkara ini telah dimuafakati, ditandatangani dan tidak mungkin dirombak sesiapa.

“Ini saya tegaskan kerana masih ada suara-suara (yang mempersoal), saya juga ditanya adakah saya bersama PH bila ada mereka yang dari PH yang mempertikai kedudukan Bahasa atau Islam atau hak keistimewaan Bumiputera, dan kedudukan Raja-raja Melayu,” katanya.

Usulnya itu cuba disokong Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang turut bangun mempertikaikan penolakan usul berkenaan.

-- BERNAMA

Subscribe to receive free email updates: