Tentera Indonesia diarah tembak pencuri kabarmalay3.blogspot.com

Anggota tentera Indonesia meronda sekitar pasar di Palu. - Foto Antara/Irwansyah Putra/ via REUTERS
PALU: Tentera Indonesia telah diarah menembak individu yang didapati mencuri di kawasan yang dilanda gempa bumi dan tsunami di pulau Sulawesi.

Jurucakap tentera, Kolonel Ida Dewa Agung Hadisaputra berkata, anggota tentera telah diberi arahan untuk menembak individu yang didapati mencuri di beberapa kedai.

Terdahulu, anggota polis dilaporkan menahan puluhan penduduk yang mencuri di kawasan zon bencana di Palu.


“Jika mana-mana individu didapati mencuri, kami akan mengeluarkan tembakan amaran terlebih dahulu, sebelum mengeluarkan tembakan susulan untuk menghalang perbuatan itu.

“Kami boleh bertolak ansur jika ia berlaku pada hari pertama dan kedua bencana, kerana mereka memerlukannya (makanan dan air).

“Tetapi pada hari ketiga, mereka mula mencuri barang seperti peralatan elektronik,” katanya.

Selain itu, setiap kenderaan yang membawa bekalan makanan akan dikawal lima anggota tentera lengkap bersenjata.

Subscribe to receive free email updates: