Teguran Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah kepada Khairy Jamaluddin kabarmalay3.blogspot.com


Sebahagian dari teguran Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah kepada Khairy Jamaluddin.

"Ketika berjawatan menteri, tidak pula berani dan lantang bersuara menegur presidennya dan politik wang yang berlaku. Malah, kementerian yang beliau pegang penuh dengan rasuah. Sukan negara pun tidak sehebat mana ketika beliau memegang jawatan,"

"Selepas kalah dalam merebut jawatan presiden UMNO, beliau seolah-olah mahu menjadi juara. Mahu dilihat sebagai orang hebat, kawan dan lawan. Sanggup duduk berseorangan di dalam Parlimen ketika pasukannya yang lain keluar. Mahu dilihat hebat konon,"

"Saya masih ingat, beliau yang mahu sekolah agama dihapuskan jika mahukan sekolah vernakular dihapuskan sudah cukup melukakan. Ternyata beliau begitu jahil Perlembagaan,"

"Membandingkan antara sekolah agama dengan sekolah vernakular adalah seperti ibarat langit dengan bumi. Kewujudan sekolah agama adalah berperlembagaan. Sama sekali berbeza dengan sekolah vernakular,"

"Sudah tiba masanya, presiden mengotakan apa yang dikatakan ketika menutup perhimpunan agung UMNO semalam, bahawa keterbukaan beliau ada batasnya. Tidak perlu lagi menyimpan duri dalam daging,"

"Tidak perlu meletakkan kepercayaan lagi kepada beliau. Beliau bukan siapa-siapa lagi masa kini. Pergi ke masjid pun belum tentu orang pandang. Semua orang tahu latar belakang beliau,"

"Sedap sahaja beliau berkata, ucapan presiden UMNO tiada hala tuju. Saya begitu teruja untuk mendengar apa pula hala tuju beliau. Sudahlah… nasihat saya, perdalamkan jati diri Melayu dan agama Islam kamu.,"

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Subscribe to receive free email updates: