Rosmah Mansor DITAHAN SPRM, bakal didakwa di mahkamah esok kabarmalay3.blogspot.com

PUTRAJAYA: Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Beliau ditahan selepas disoal siasat agensi anti-rasuah itu hampir 5 jam berhubung dakwaan peranannya dalam skandal 1MDB.
Beliau dipanggil ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya buat kali ke-3, selepas disoal siasat selama 13 jam berhubung dakwaan peranannya dalam skandal 1MDB, seminggu lalu.
Peguam Rosmah, Datuk K Kumaraendran belum mengeluarkan kenyataan setakat ini.
Kali pertama Rosmah dipanggil SPRM ialah 5 Jun, disusuli 26 September lalu untuk membantu siasatan ke atas SRC International.
Suaminya, Datuk Seri Najib Razak kini berdepan 32 pertuduhan pecah amanah, penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram dikaitkan dengan 1MDB dan SRC International. - FMT

Subscribe to receive free email updates: