Rosmah bebas dengan jaminan RM2 juta kabarmalay3.blogspot.com

Rosmah dibebaskan dengan ikat jamin RM2 juta. Foto oleh Reuters
KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa dengan 17 pertuduhan penggubahan wang haram dibebaskan dengan jaminan RM2 juta berserta dua penjamin.
Mahkamah memerintahkan syarat tambahan iaitu pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai dan tidak dibenarkan menghubungi dan mengganggu saksi yang akan terlibat dalam kes tersebut
Selain itu, mahkamah juga memerintahkan Rosmah, 67, membayar jaminan RM500,000 pada hari ini manakala baki selebihnya perlu dibuat sebelum 11 Oktober ini.
Sebelum itu, Rosmah mengaku tidak bersalah terhadap 17 pertuduhan penggubahan wang haram membabitkan hampir RM7 juta selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.
Pendakwaan diketuai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap Rosmah.

Subscribe to receive free email updates: